Terletak di Medan Penjaja Penjom, gerai No. 1 milik Puan Norshariedani Mohd Sukeri menyediakan hidangan dan kuih-muih untuk sarapan pagi. Puan Ida ialah salah seorang usahawan yang mengikuti kelas-kelas usahawan yang disediakan di PEDi Kg. Penjom. Ikuti video mengenai Mia's Stall di pautan berikut https://www.youtube.com/watch?v=EdLLpr8Pa_8

Encik Firdaus merupakan seorang usahawan timun berkaedah fertigasi para. Ikuti lawatan kami ke kebun timun beliau di pautan berikut. https://www.youtube.com/watch?v=ErW7UNu1Mxc

Satu siaran di Facebook Klik Dengan Bijak telah dimuatnaik pada 7 Disember 2021 berbunyi seperti ini:

Masih ada dalam kalangan masyarakat kita yang cenderung berkongsi apa sahaja maklumat tanpa menyemak kesahihannya. Sikap sebegitu adalah berbahaya dan memberikan impak negatif kepada masyarakat.
Marilah bersama-sama menerapkan amalan Tidak Pasti, Jangan Kongsi.
 
Untuk melihat video yang dikongsi FB Klik Dengan Bijak, sila tekan link di sini https://fb.watch/9OvnDKMEiQ/