Bermula 31 Januari 2023, mengorak langkah sebagai pembuka tahun baharu, JPKK Kg Genting telah mengusahakan semula Pekan Sehari Batu 6, Penjom. Pekan Sehari ini dulunya sangat berjaya dalam komuniti Batu 6, Penjom dengan kemeriahan peniaga-peniaga kecil dan besar, dan jumlah pengunjung yang ramai. Bagi menghidupkan semula Pekan Sehari ini, seramai 18 peniaga telah mendaftar untuk sama-sama menjayakannya. Pekan Sehari Batu 6, Penjom diadakan pada setiap hari Selasa seawal 7 pagi. Orang ramai bolehlah membeli di sini sebagai sokongan kepada peniaga atau usahawan tempatan dan berbelanja kini lebih mudah atas faktor dekat dalam komuniti setempat.

  • Sedikit kemaskini status Cafe Azleeya Kek Lapis Sarawak: 
  • a)pelbagai variasi lauk pauk untuk hidangan tengah hari
  • b)kek lapis, kek tapak kuda, brownies dan bermacam lagi boleh ditempah
  • c)kerepek dan sambal kering antara produk yanng dijual bersama

Berikut ialah video yang dimuat naik di YouTube Pedi Penjom 

https://www.youtube.com/watch?v=Dubx2_fI7_w

Atau hubungi :
Unit Pembangunan Usahawan,
Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN),
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN PAHANG,
Tingkat 4, Blok B, Wisma Sri Pahang, 25503 Kuantan Pahang
No. Telefon: +609-512 4597
No. Faks: +609-515 6327