Bermula sejak tahun 2013, Encik Adnan atau lebih dikenali sebagai Abang Nan menanam sayur-sayuran di pinggir sungai. Ekoran masalah banjir, beliau akhirnya berpindah ke atas bukit yang terdapat di Kampung Salang. Antara tanaman yang pernah ditanam dah sedang ditanam di Kebun Sayur Abang Nan ialah cili padi, peria, terung, kacang panjang, timun tua, rock melon dan terung mini. Hasil pendapatan budi Abang Nan ke pada tanah adalah sangat menguntungkan walau banyak menghadapi cabaran. Pesan Abang Nan kepada penanam-penanam sayur baharu, jangan bosan mencari ilmu, kerana tanaman fertigasi khususnya selalu berkembang seiring teknologi semasa. Sentiasa belajar dari guru untuk benar-benar memahami dan mendalami ilmu fertigasi. 

Berikut merupakan gambar-gambar ihsan dari Abang Nan sendiri yang sudi berkongsi dengan petugas PEDi Kg. Penjom.