Kemudahan Asas

Kemudahan asas amat penting untuk penduduk dalam menjalani kehidupan sehari-hari. Hal ini tidak mengira sama ada di bandar mahupun di luar bandar. Sebuah kehidupan yang sempurna haruslah dimulakan dengan kemudahan asas yang terdapat di kawasan tempat tinggal. Tanpa kemudahan asas, maka akan mendatangkan kesukaran bagi seseorang individu untuk menjalani kehidupan dengan selesa. Di kampung ini, terdapat pelbagai kemudahan yang berfungsi penuh untuk kegunaan penduduk sekitar. Antara kemudahan yang terdapat di kampung ini ialah, jalan raya,  bekalan air, elektrik, telefon, balai raya, masjid, surau, taman rekreasi, padang, perpustakaan dan pelbagai lagi. Galeri di bawah menunjukkan beberapa kemudahan yang terdapat di kampung dan Kuala Lipis . 

 

Kemudahan pengangkutan yang ada di Kuala Lipis:

BAS

 

 

PERKHIDMATAN BAS EKSPRESS

  • Kuala Lipis → Kuala Lumpur
  • Kuala Lipis → Kuantan


KERETAPI

 

 

 

  • Kuala Lipis → Gemas
  • Tumpat → Kuala Lipis

 

TEKSI

 

  • Teksi Sewa
  • Teksi Persendirian

 

 

 Ejen Bank Berdaftar( EB ) BSN di Pusat Internet 1 Malaysia Penjom

 

 

 

Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN


Di mana sahaja anda berada di Malaysia, Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN bersedia untuk
membantu anda melakukan transaksi perbankan dengan lebih mudah dan cepat. Tiada
tempat terlalu jauh atau terpencil. Hanya cari sahaja ejen kami yang sah berhampiran anda.


Bagaimana EB BSN Berfungsi?

 » Pelanggan pergi ke EB BSN yang sah dan minta untuk membuat transaksi.
 » EB BSN menggunakan terminal P.O.S untuk memproses transaksi.
 » Pelanggan mengesahkan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) dan cap jari di terminal POS.
 » EB BSN meneruskan proses  transaksi.
 » Resit akan dikeluarkan apabila transaksi berjaya dilaksanakan.


Perkhidmatan yang Ditawarkan

 » Deposit Tunai
 » Pengeluaran Tunai
 » Pembayaran Bil
 » BSN SSP
 » Pembayaran Tanpa Tunai
 » Tambah Nilai Prabayar
 » Pembukaan Akaun GIRO / GIRO-i


Manfaat

 » Tiada caj tambahan.
 » Kos efektif dan menjimatkan masa – ada di kedai-kedai runcit berhampiran anda.
 » Akses mudah – perkhidmatan sedia ada walaupun di tempat terpencil di seluruh negara.
 » Transaksi mudah dan waktu operasi yang panjang.


Urusan Perbankan yang Ditawarkan

TRANSAKSI

HAD BAGI SETIAP TRANSAKSI

HAD SEHARI UNTUK SETIAP PELANGGAN

AMAUN MINIMA (RM)

AMAUN MAKSIMA (RM)

AMAUN MAKSIMA (RM)

BILANGAN TRANSAKSI MAKSIMA

Simpanan Tunai

10.00

500.00

500.00

3 Kali (per akaun)

Pengeluaran Tunai

10.00

500.00

500.00

3 Kali (per akaun)

Bayaran Bil

1.00

2,000.00

2,000.00

3 kali sebulan (per bil) **

BSN SSP

10.00

3,000.00

3,000.00

Tiada Had

Urusan Tanpa Tunai

10.00

500.00

500.00

Tiada Had

Tambah Nilai Prabayar 
Maxis ****

5.00

60.00

Na*

Tiada Had

Tambah Nilai Prabayar 
Celcom, DIGI, U Mobile & Tune Talk ****

5.00

50.00

Na*

Tiada Had

Pembukaan Akaun GIRO/GIRO-i ***

20.00

500.00

500.00

Na*

*Tidak berkenaan.

**Bil hanya boleh dibayar 3 kali dalam tempoh sebulan ( untuk 1 akaun bil sahaja ).

***Pelanggan perlu hadir di mana-mana Cawangan BSN dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh pembukaan akaun untuk kemaskini maklumat dan permohonan Kad Debit BSN.

****Tiada caj GST.

Waktu Operasi

 » 9am – 6.00pm (tertakluk kepada waktu operasi agen).