Taman Eko-Rimba (TER) Terenggun terletak sekitar 9 km dari Bandar Kuala Lipis di
Jalan Kuala Lipis–Gua Musang dan merupakan sebahagian daripada Kompartment
1, Hutan Simpan Terenggun di daerah Lipis. Kawasan seluas 0.23 km ini terdiri
daripada hutan hujan tropika tanah rendah. Kawasan ini pernah dibina empangan
untuk bekalan air dan alur sungai asal pernah dilombong emas dan kini telah
menjadi tasik yang menghasilkan landskap pemandangan indah sesuai sebagai
kawasan rekreasi. Tarikan utama di sini ialah pemandangan tasik yang tenang dan
jernih seperti cermin, dan tasik kedua yang dipenuhi dengan bunga teratai
menambah keindahan tasik. Aktiviti utama pelawat di sini ialah berjogging,
berkelah dan menikmati keindahan tasik. Prasarana yang disediakan ialah pondok
rehat, rintis simen untuk pelawat mengelilingi tasik, tempat letak kereta, dan
tandas. Namun, prasarana di sini telah terabai dan tidak diselenggara semenjak
pandemik Covid-19. Oleh kerana lokasi yang hampir dengan Bandar Lipis, tempat
ini mempunyai potensi untuk dimajukan semula.

Sumber: Lipis Geopark

Kerajaan Negeri Pahang melalui Tourism Pahang mengetengahkan pelancongan gastronomi bagi menarik kedatangan pelancong terutamanya penggemar makanan ke negeri ini.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang, YB Cik Leong Yu Man berkata pelancongan dengan konsep berkenaan juga merupakan tarikan kepada kedatangan pelancong bagi merasai perbezaan makanan dan minuman yang ada di 11 daerah di Pahang.

Baca selanjutnya di pautan berikut:

PAHANG TAWAR PELANCONGAN GASTRONOMI TARIK KEDATANGAN PELANCONG | Pahang Media

 

-KUALA LIPIS-

Kuala Lipis terletak di pertemuan Sungai Jelai dengan Sungai Lipis dan merupakan ibu negeri Pahang yang pertama mulai tahun 1898 sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955.

Ketika zaman penjajahan, British telah membina jalan asas yang menghubungkan Lipis dengan Kuala Lumpur sejauh 130 batu pada tahun 1890 bagi memudahkan pihak penjajah membawa keluar hasil bumi daerah ini.

 

Tahun

 

Sejarah Zaman British-Pembukaan Pekan Lipis

 

 1863
  • Kuala Lipis dibuka oleh Orang Kaya Maharaja Setia Raja Haji Wan Daud bin Wan Pahang
 1888
  • Pusat jual beli di Kuala Lipis menjadi Pekan Lipis
  • Deretan Kedai Kayu - oleh orang Cina
  • Rumah Perahu & Rumah Rakit di Sg.Jelai - milik peniaga asing / tempatan
  • Masjid tertua dibina iaitu Masjid Jamek Kuala Lipis (Masjid Lama)
 1889
  • Bermula sejarah pembangunan moden Bandar Lipis,penubuhan Pejabat Daerah dimulakan oleh British
  • Pahang Club dibina, Tokong Thean  Hou
 1898
  • Kuala Lipis diisytiharkan sebagai ibu negeri Pahang
 1890
  • Pembinaan jalanraya (208km)  K.Lipis - K.Lumpur dengan Batu Tanda '0'
 1910-1920an
  • Hospital, Pejabat Pos, Sekolah Clliford, Gurdwara Sahib (1916), Kompleks Pejabat Kerajaan, Landasan Keretapi, Rumah Kediaman Residen, pembinaan berstruktur Bandar Lipis dan lain-lain telah dibangunkan

Terletak di tengah-tengah Bandar Lama Kuala Lipis, Kedai Kopi Stesen menjadi tarikan baru di pekan bersejarah ini. Nama kedai ini mungkin disebabkan kedudukannya yang berdekatan stesen keretapi Kuala Lipis. Kopitiam milik seorang pemuda Bumiputera ini mengenengahkan konsep nostalgia yang bakal membawa pengunjung kembali merasakan suasana seperti dulu sambil menikmati keenakan kopi dan makanan. 

Dilampirkan di sini beberapa gambar yang telah dikongsi oleh pengguna Facebook Sailey Ahmad, juga sekeping gambar sarapan pagi iaitu Roti Jantan dan secawan Nescafe Ais yang kami cuba. Memang terbaik. 

Perlancongan dan kebudayaan yang menarik di kuala lipis :

 

1. ZOO LIPIS


● Terletak di Bukit Bius, Kuala Lipis
● Jarak 1.5 km daripada simpang Bukit Bius dan Bangunan Lipis Centrepoint.
● Waktu Dibuka :
Isnin-Khamis > 10.00 Pagi – 7.00 Petang
Jumaat > 10.00 Pagi – 1.00 Tengahari
3.00 Petang – 7.00 Petang
Sabtu,Ahad dan kelepasan Am > 9.00 Pagi – 7.00 Petang
● Bayaran masuk untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ialah RM2.00 manakala untuk orang dewasa ialah RM3.00.
● Terdapat 42 spesis haiwan di Zoo Lipis.

 

 

 

2. Homestay Di Kuala Medang


Homestay Kuala Medang terletak di Ulu Jelai 51 kilometer dari Kuala Lipis dan 150 kilometer dari Kuala Lumpur. Homestay ini menawarkan tempat penginapan yang unik untuk pelancong yang mengimpikan pengalaman percutian yang berbeza. Penginapan yang disediakan sangat selesa, murah dan lengkap dengan pakej menarik.

 

 

Cabinstay KUALA MEDANG ,

 
Antara jenis penginapan lain yang turut ditawarkan di Kampung Kuala Medang ialah Cabinstay. Terdapat 14 buah kabin untuk di sewa bagi mana-mana pengunjung yang berminat dengan pakej ini. Ciri-ciri unik serta keselesaan semasa tinggal di dalam kabin ini akan membuantan pengungjung berpuas hati terutamanya pada perabot yang disediakan.Ciri-ciri:Cabinstay VIP- 6 buah Kabin
- 1 Queen Bed
- Harga ( RM 80.00/malam)Cabinstay JB (Heavyduty-Campsite Jeram Bechung)

- 8 buah Kabin
- 3 Kabin (1 Queen Bed)
- 5 Buah Kabin (2 Single Bed)
- Harga ( RM 80.00/malam)
 

 

3. TAMAN RIMBA KENONG 

Merupakan hutan hujan tropika yang masih belum diteroka seluas 128 kilometer persegi dalam Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Ia terletak di Lembah Kenong dan berkongsi sempadan dengan Taman Negara di bahagian utara dan timur.
Taman Rimba Kenong terletak 32 km dari pekan Kuala Lipis dan 302 km daripada Kuantan dan juga terletak di Hutan Simpan Yong yang mempunyai jenis Hutan Dipeterokarp Bukit.
Walaupun taman ini dibuka kepada orang awam, kebanyakan kawasan taman ini masih lagi belum diterokai sepenuhnya.
Di sini para pengunjung dapat melihat pelbagai flora dan fauna, dari cendawan hinggalah pokok yang berpuluh meter tingginya dan dari katak bersaiz 1 sm hinggalah ke gajah.
Keindahan alam yang belum tercemar, mempunyai landskap semulajadi yang masih belum diterokai serta terkenal dengan keindahan dan keunikan gua batu kapur menjadikannya salah satu destinasi tumpuan pelancong.
Antara gua batu kapur yang terdapat di sini adalah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau, dan Gua Hijau.
Disamping itu pengunjung dapat menghayati suasana hutan dengan mendengar bunyi cengkerik dan burung enggang.
Aktiviti-aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan ialah:
● Jelajah Gua Batu Kapur
● Interpretasi Sumber
● Berkelah / Berenang
● Fotografi
● Aktiviti Tali
‘● Cave Tubing”
● Berakit, Bersampan, Berkenu dan Berkayak
● Pemerhatian Burung / Hidupan Liar
● Jalajah Gunung
● Perkhemahan
Kemudahan sedia ada:
● Tempat letak kereta
● Jambatan Gantung
● Pusat Penerangan
● Pondok rehat, bangku dan kemudahan tong sampah
● Papan-papan tanda dan papan tanda pokok
● Chalet dan dormitori
● Tapak perkhemahan
● Kemudahan tandas
● Denai hutan / Denai interpretasi

 

 

4. GUA BAMA

Gua Bama terletak di Mukim Telang di mana Gua Bama merupakan salah sebuah kawasan pelancongan yang sering dijadikan kawasan perkemahan. Ianya merupakan sebuah gua batu kapur dan terletak di belakang perkampungan masyarakat melayu.
Kemudahan trek laluan ke gua juga ada disediakan.

 

 

5. TAMAN TASIK BURUNG MANDI

● Taman Tasik Burung Mandi merupakan sebuah kawasan yang menjadi tumpuan peminat acara motor lasak yang melibatkan peserta-peserta daripada dalam dan luar negara.
● Kawasan ini terletak lebih kurang 45km dari Bandar Lipis.
● Keluasan taman lipur ini lebih kurang 200 ekar dan mempunyai 4 tasik buatan yang dulunya adalah bekas lombong bijih.
● Selain mempunyai beberapa buah bukit, taman ini juga mempunyai khazanah alam semulajadi hutan hujan tropika dengan kepelbagaian flora dan fauna.
● Sesuai dengan namanya Tasik Burung Mandi, taman ini menjadi habitat beratus spesis burung liar.