Terletak di tengah-tengah Bandar Lama Kuala Lipis, Kedai Kopi Stesen menjadi tarikan baru di pekan bersejarah ini. Nama kedai ini mungkin disebabkan kedudukannya yang berdekatan stesen keretapi Kuala Lipis. Kopitiam milik seorang pemuda Bumiputera ini mengenengahkan konsep nostalgia yang bakal membawa pengunjung kembali merasakan suasana seperti dulu sambil menikmati keenakan kopi dan makanan.
Dilampirkan di sini beberapa gambar yang telah dikongsi oleh pengguna Facebook Sailey Ahmad, juga sekeping gambar sarapan pagi iaitu Roti Jantan dan secawan Nescafe Ais yang kami cuba. Memang terbaik.
View the embedded image gallery online at:
http://penjom.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/263-kedai-kopi-stesen-tarikan-baru-buat-penggemar-kopitiam#sigFreeIdca9bd12124
http://penjom.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan/263-kedai-kopi-stesen-tarikan-baru-buat-penggemar-kopitiam#sigFreeIdca9bd12124