2009 HINGGA TERKINI 2023

 

 JUMLAH KESELURUHAN AHLI PEDi PENJOM

947 ORANG

 JUMLAH AHLI NETBOOK PEDi PENJOM  473 ORANG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

"Game Changer" buat pengurusan data di Malaysia!
Kita ada 455 institusi sektor awam di Malaysia:
❗️70 Kementerian/Jabatan/Agensi
❗️13 Kerajaan Negeri
❗️83 Badan Berkanun Persekutuan
❗️134 Badan Berkanun Negeri
❗️155 Pihak Berkuasa Tempatan
Bayangkan, sebelum ini, kalau nak berurusan dengan 3 institusi sektor awam, kita perlu isi banyak dokumen berbeza dan bawa berpuluh dokumen sokongan. Tapi maklumat yang diisi hampir sama.
Sekarang, di bawah Pengkalan Data Utama (PADU), semua data di bawah satu bumbung.
Melalui sistem ini jugalah nanti, Kerajaan akan lebih mudah untuk beri subsidi dan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan. Rakyat tak perlu dah isi data berpuluh kali.
Jom daftar sekarang di https://www.padu.gov.my/
 
 
Kunjungi PEDi Kg Penjom atau mana-mana PEDi berdekatan anda untuk daftar PADU. 

 

MAKLUMAT PUSAT EKONOMI DIGITAL(PEDi) KG PENJOM

PUSAT EKONOMI DIGITAL(PEDi) KG PENJOM  mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang telah kami sediakan khususnya kepada penduduk komuniti.

PEDi KG PENJOM kini telah berwajah baru hasil kolaborasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan juga MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) yang mana PEDi KG PENJOM merupakan projek yang dilaksanakan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Telekom Malaysia Berhad (TM) dilantik sebagai kontraktor utama, manakala MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) sebagai penyelaras program dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Objektif program ini ialah untuk menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar. 

Sehubungan itu, Pengurus dan Penolong Pengurus komited dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat agar penduduk dapat melangkah maju ke hadapan seiring arus teknologi yang kian pesat membangun. Melalui PI juga, perkembangan kemajuan ekonomi setempat dapat ditingkatkan melalui penggunaan dan kemudahan  penggunaan ICT. 

Untuk pengetahuan komuniti, sebanyak 12 PI untuk Fasa 1 dan 73 pusat untuk Fasa 2 dan kini terdapat banyak fasa-fasa yang baru telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Kami telah beroperasi hampir 13 tahun, dengan keahlian PEDi yang semakin meningkat yang terdiri daripada pelbagai golongan. Lebih membanggakan apabila ada yang mendaftar sebagai ahli di sini bukan datangnya daripada kampung ini sahaja, malah ada yang datang dari mukim lain serta kampung-kampung yang jauh daripada PEDi KG PENJOM.             

Terkini, PEDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:Ekonomi E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)E-Pembelajaran (e-Learning). Program PUPUK pula adalah salah satu program yang dijalankan oleh PEDi untuk membantu usahawan kecil bagi menggalakkan perniaga untuk berniaga di dalam talian secara percuma.

  • Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat.
  • Pusat Komunikasi.
  • Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian.
  • Pusat Peperiksaan dan Persijilan.
  • Khidmat nasihat yang berkaitan dengan ICT.
  • Perkhidmatan percetakan
  • Latihan secara percuma kepada semua golongan yang menjadi ahli
  • Zon tanpa wayar (wifi komuniti)

Kesimpulannya, segala kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PiM bertujuan membantu dan memajukan komuniti kampung sekaligus setanding dengan penduduk yang berada di bandar. Kami menjanjikan layanan dan perkhidmatan yang memuaskan untuk anda semua. Sebarang cadangan atau penambahbaikkan boleh dinyatakan dengan mengisi borang cadangan yang disediakan.

PENGENALAN PERKHIDMATAN WIFI KOMUNITI (WK)

Perkhidmatan WiFi Komuniti(WK) sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar(KTW) merupakan perkhidmatanWiFi secara‘hotspot’ dikawasan tumpuan.

WiFi secara‘hotspot’merujuk kepada titik capaian yang disediakan di setiap lokasi bagi membolehkan pengguna menggunakan internet melalui isyarat gelombangWiFi.

Kawasan tumpuan bagi KTW1M meliputi kawasan luar bandar terpilih yang mendapat kurang liputan internet.

TUJUAN & MATLAMAT PENUBUHAN

Penyediaan perkhidmatan capaianinternettanpa wayar secara kolektif kepada masyarakat luarbandardikawasan kurang liputan SECARA PERCUMA.

Menanamkan minat dan kesedaran tentang kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian seiring dengan inisiatif WiFi Komuniti(WK) yangdirencanakan Kerajaan kearah memupuk masyarakat berilmu dan progresif.

KONSEP HUB & SPOKE WK

 

Pelayan cache dipasang di hub yang berada di PI untuk kelancaran internet.

Hub berhubung kepada 5 spoke WK.

Setiap spoke berada dalam lingkungan 1 kilometer dari hub.

Liputan WiFi bagi setiap spoke adalah dalam lingkungan sehingga 250 meter.

Kelajuan internet bagi setiap hub dan spoke adalah 4Mbps.

VISI DAN MISI PUSAT EKONOMI DIGITAL(PEDi) KG PENJOM

 

 

 PROGRAM DASHBOARD PEDi KG PENJOM

 

Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN Di Pusat Ekonomi Digital Kg Penjom 

Perkhidmatan yang Ditawarkan

 » Deposit Tunai
 » Pengeluaran Tunai
 » Pembayaran Bil
 » BSN SSP
 » Pembayaran Tanpa Tunai
 » Tambah Nilai Prabayar
 » Pembukaan Akaun GIRO / GIRO-I



Manfaat

 » Tiada caj tambahan.
 » Kos efektif dan menjimatkan masa – ada di kedai-kedai runcit berhampiran anda.
 » Akses mudah – perkhidmatan sedia ada walaupun di tempat terpencil di seluruh negara.
 » Transaksi mudah dan waktu operasi yang panjang.

 

 

 

Penambahan jumlah PEDi ini telah banyak membantu komuniti dalam melahirkan komuniti yang celik IT dan telah meningkatkan taraf sosio-ekonomi komuniti setempat.

#pediuntuksemua #KKD #MCMC #PusatEkonomiDigital #pedi #telekommalaysia

Sumber: Facebook Pusat Ekonomi Digital