Tahukah anda, ahli komuniti Penjom boleh menggunakan peranti tablet di PEDi Kg Penjom? Sebanyak 10 tablet disediakan di sini beserta aksesori keyboard dan stylus pen. Beberapa program yang akan diadakan di PEDi Kg Penjom yang akan menggunakan tablet untuk rangka masa hadapan. Diharap ramai yang akan bersama-sama menyertai program-program PEDi Kg Penjom akan datang. Anda juga boleh meminjam untuk kegunaan di dalam bangunan PEDi Kg Penjom atau meminjam untuk tempoh dua hari beserta syarat-syarat yang ditetapkan. Keutamaan diberi kepada ahli PEDi Kg Penjom.