Bertempat di Padang Memanah Kg. Salang, sebuah acara iaitu pertandingan memanah telah diadakan pada 27 Ogos 2022. Pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Memanah Tradisional Masjid Kg. Salang Kuala Lipis telah dirasmikan oleh Dato' Abu Jimi dengan simbolik menanam pokok hiasan di perkarangan padang memanah. Bermula seawal jam 9.00 pagi, acara lelaki dewasa dijuarai oleh Encik Firdaus manakala perempuan dewasa disandang oleh Cikgu Along. Acara ini merupakan acara tertutup Lipis dan disertai seramai 52 orang. 

Sumber gambar: Facebook rasmi Kpmks Kuala Lipis dan PEDi Kg. Penjom

20 Mac 2022, Ahad lalu telah diadakan satu Pertandingan Memanah Tradisional Tertutup Lipis Siri 1/2022 di Kampung Binjai, Kuala Lipis. Segak bertanjak hitam, kehadiran Dato' Haji Abu Jimi bin Samat adalah untuk merasmikan pertandingan tersebut. Pertandingan ini ditaja oleh Klink Zara, SupraX dan Coway Lipis. Kemeriahan acara ini dapat dilihat menerusi akaun YouTube JamaLeez Bow di pautan https://www.youtube.com/watch?v=iYYLE4AoolU

Antara yang mengujakan, pemenang Piala Pusingan Kejohanan Liga Memanah Tradisional Tertutup Petra Lipis adalah menjadi milik belia Penjom, Encik Mohd Firdaus bin Abdul Kirom. Berikut adalah gambar sekitar hari pertandingan dan penyampaian hadiah.

Pagi 26 Mac 2022, Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Tertutup Parlimen Lipis telah berlangsung di Padang Awam Penjom. Seawal jam 8 pg mereka, para pemain, penyokokng dan penduduk kampung sudah berada di padang dan bersedia untuk beraksi dan memberi sokongan. Kejohanan ini menerima kunjungan dari YB Dato' Sri Abdul Rahman Mohamad selaku Timbalan Menteri I Pembangunan Luar Bandar / Ahli Parlimen Lipis / Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. 

sumber gambar: akaun rasmi Facebook Abdul Rahman Mohamad

Ahad lalu bertarikh 6hb Februari 2022, satu program agihan sumbangan buat ahli-ahli Persatuan Belia Kg. Pagar, Penjom telah dijayakan. Sumbangan adalah dalam bentuk barang-barang keperluan asas makanan telah disumbangkan oleh Kerajaan Negeri Pahang di bawah program Bantuan Prihatin Pahang Covid-19.