Perlancongan dan kebudayaan yang menarik di kuala lipis :

 

1. ZOO LIPIS


● Terletak di Bukit Bius, Kuala Lipis
● Jarak 1.5 km daripada simpang Bukit Bius dan Bangunan Lipis Centrepoint.
● Waktu Dibuka :
Isnin-Khamis > 10.00 Pagi – 7.00 Petang
Jumaat > 10.00 Pagi – 1.00 Tengahari
3.00 Petang – 7.00 Petang
Sabtu,Ahad dan kelepasan Am > 9.00 Pagi – 7.00 Petang
● Bayaran masuk untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun ialah RM2.00 manakala untuk orang dewasa ialah RM3.00.
● Terdapat 42 spesis haiwan di Zoo Lipis.

 

 

 

2. Homestay Di Kuala Medang


Homestay Kuala Medang terletak di Ulu Jelai 51 kilometer dari Kuala Lipis dan 150 kilometer dari Kuala Lumpur. Homestay ini menawarkan tempat penginapan yang unik untuk pelancong yang mengimpikan pengalaman percutian yang berbeza. Penginapan yang disediakan sangat selesa, murah dan lengkap dengan pakej menarik.

 

 

Cabinstay KUALA MEDANG ,

 
Antara jenis penginapan lain yang turut ditawarkan di Kampung Kuala Medang ialah Cabinstay. Terdapat 14 buah kabin untuk di sewa bagi mana-mana pengunjung yang berminat dengan pakej ini. Ciri-ciri unik serta keselesaan semasa tinggal di dalam kabin ini akan membuantan pengungjung berpuas hati terutamanya pada perabot yang disediakan.Ciri-ciri:Cabinstay VIP- 6 buah Kabin
- 1 Queen Bed
- Harga ( RM 80.00/malam)Cabinstay JB (Heavyduty-Campsite Jeram Bechung)

- 8 buah Kabin
- 3 Kabin (1 Queen Bed)
- 5 Buah Kabin (2 Single Bed)
- Harga ( RM 80.00/malam)
 

 

3. TAMAN RIMBA KENONG 

Merupakan hutan hujan tropika yang masih belum diteroka seluas 128 kilometer persegi dalam Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Ia terletak di Lembah Kenong dan berkongsi sempadan dengan Taman Negara di bahagian utara dan timur.
Taman Rimba Kenong terletak 32 km dari pekan Kuala Lipis dan 302 km daripada Kuantan dan juga terletak di Hutan Simpan Yong yang mempunyai jenis Hutan Dipeterokarp Bukit.
Walaupun taman ini dibuka kepada orang awam, kebanyakan kawasan taman ini masih lagi belum diterokai sepenuhnya.
Di sini para pengunjung dapat melihat pelbagai flora dan fauna, dari cendawan hinggalah pokok yang berpuluh meter tingginya dan dari katak bersaiz 1 sm hinggalah ke gajah.
Keindahan alam yang belum tercemar, mempunyai landskap semulajadi yang masih belum diterokai serta terkenal dengan keindahan dan keunikan gua batu kapur menjadikannya salah satu destinasi tumpuan pelancong.
Antara gua batu kapur yang terdapat di sini adalah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau, dan Gua Hijau.
Disamping itu pengunjung dapat menghayati suasana hutan dengan mendengar bunyi cengkerik dan burung enggang.
Aktiviti-aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan ialah:
● Jelajah Gua Batu Kapur
● Interpretasi Sumber
● Berkelah / Berenang
● Fotografi
● Aktiviti Tali
‘● Cave Tubing”
● Berakit, Bersampan, Berkenu dan Berkayak
● Pemerhatian Burung / Hidupan Liar
● Jalajah Gunung
● Perkhemahan
Kemudahan sedia ada:
● Tempat letak kereta
● Jambatan Gantung
● Pusat Penerangan
● Pondok rehat, bangku dan kemudahan tong sampah
● Papan-papan tanda dan papan tanda pokok
● Chalet dan dormitori
● Tapak perkhemahan
● Kemudahan tandas
● Denai hutan / Denai interpretasi

 

 

4. GUA BAMA

Gua Bama terletak di Mukim Telang di mana Gua Bama merupakan salah sebuah kawasan pelancongan yang sering dijadikan kawasan perkemahan. Ianya merupakan sebuah gua batu kapur dan terletak di belakang perkampungan masyarakat melayu.
Kemudahan trek laluan ke gua juga ada disediakan.

 

 

5. TAMAN TASIK BURUNG MANDI

● Taman Tasik Burung Mandi merupakan sebuah kawasan yang menjadi tumpuan peminat acara motor lasak yang melibatkan peserta-peserta daripada dalam dan luar negara.
● Kawasan ini terletak lebih kurang 45km dari Bandar Lipis.
● Keluasan taman lipur ini lebih kurang 200 ekar dan mempunyai 4 tasik buatan yang dulunya adalah bekas lombong bijih.
● Selain mempunyai beberapa buah bukit, taman ini juga mempunyai khazanah alam semulajadi hutan hujan tropika dengan kepelbagaian flora dan fauna.
● Sesuai dengan namanya Tasik Burung Mandi, taman ini menjadi habitat beratus spesis burung liar.