Gejala rabun tua kini banyak dialami oleh golongan muda bermula pada umur 36 tahun.

Sumber: Facebook Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor

đŸ„€Minuman yang dikatakan sebagai “penyejuk badan” ini sangat mudah diperolehi di Malaysia dan yang mempunyai kebaikan untuk diamalkan khasnya ketika cuaca panas.

đŸ„„Air kelapa mengandungi rendah kalori dan membekalkan pelbagai vitamin dan mineral semulajadi kepada tubuh badan.

❌ Sebaik-baiknya elakkan daripada menambah gula agar lebih memberi manfaat kepada tubuh badan.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia 

JANGAN MAIN AIR BANJIR!

Air banjir boleh menjadi punca penyakit dan kemalangan jiwa. Oleh itu, jangan biarkan anak-anak anda bermain dengan air banjir.

“KESIAPSIAGAAN BENCANA TANGGUNGJAWAB BERSAMA”

KUANTAN, 16 FEBRUARI 2024 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj bertitah supaya golongan wanita dapat menjaga kesihatan diri mereka.

Baginda bertitah, golongan wanita perlu menjaga pemakanan bagi memastikan mereka dapat menjalankan tanggungjawab menjaga keluarga dengan baik.

“Dan untuk kesihatan juga, kepada semua, apabila kena kencing manis, kena darah tinggi, kita kenalah jaga. Saya nak rakyat di Negeri Pahang ini semua sihat, kurangkan gula. Makan tak apa, tapi makan sayur dan makan buah.

“Tapi kesihatan itu adalah paling penting kerana kalau kita tak sihat, macam mana kita nak menjaga rumahtangga kita,” titah baginda.

 

Baca lanjut di KDYMM TENGKU AMPUAN PAHANG TITAH GOLONGAN WANITA JAGA KESIHATAN | Pahang Media

 
Tahukah anda duduk terlalu lama boleh meningkatkan risiko kepada penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit?
X-Break ialah senaman atau regangan ringkas yang dilaksanakan dalam masa 3-15 minit setelah duduk lama melebihi 2 jam.
Jom lakukan X-Break. Tonton video x-break di https://youtu.be/vu8ry4kWnX4
 
* Ini adalah petikan daripada e-Majalah MyHEALTH Edisi September 2023. Klik https://tinyurl.com/emagsept2023 untuk edisi penuh.
 
Sumber: Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia