Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa.
- 1.Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
- 2.Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
- 3.Kurangkan makanan tinggi gula.
- 4.Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
- 5.Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
- 6.Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.
http://penjom.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=20#sigFreeIdcc35b617f8
Bantuan alat perubatan melalui PeKa B40 seperti kerusi roda, alat bantuan pendengaran dan lain-lain akan diberikan kepada anda yang berkelayakan setelah menjalani saringan kesihatan diperingkat awal. Bantuan alat perubatan sehingga RM20,000. Antara lain alat-alat bantuan perubatan yang disediakan adalah stent untuk jantung, prostesis & implan untuk tulang belakang, alat sendi tiruan, perentak jantung, prostesis & ortosis tulang anggota, alat terapi pernafasan & oxygen concentrator, kanta intraokular dan bantuan sokongan nutrisi. Usaha ini ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan ProtectHealth Corporation.
http://penjom.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/infrastruktur/kesihatan?start=20#sigFreeId0f186f0b2f
Semak kelayakan anda sekarang di https://protecthealth.com.my/ms/peka-b40
Sumber: CRPC KKM
Penggunaan internet bermasalah ditakrifkan sebagai tingkah laku kompulsif berkaitan Internet yang mengganggu kehidupan normal serta memberi tekanan yang amat teruk terhadap keluarga, rakan-rakan dan persekitaran kerja seseorang. Ia mengesuasai kehiduapn seseorang itu seoenuhnya di mana dunianya hanyalah Internet.
JENIS PENGGUNAAN INTERNET BERMASALAH:
- 1. Menghantar mesej berbaur seks (sexting) dan ketagihan seks siber
- 2. Menghabiskan terlalu banyak masa bermain permainan video dan permainan dalam talian
- 3. Perjudian
- 4. Kecurangan dan hubungan sulit
- 5. Kecenderungan untuk membeli belah dalam talian yang tidak dapat dikawal
- 6. Sarat maklumat
E-waste ialah terma yang digunakan untuk menerangkan peralatan dan peranti elektrikal dan elektronik yang sudah rosak, tidak berfungsi dan usang. Antara contoh adalah televisyen, komputer, komputer riba, pedingin hawa, mesin basuh, peranti komunikasi seperti telefon bimbit dan banyak lagi.
Perkara ini telah menjadi masalah global akibat dari pengurusan e-waste yang tidak mesra alam. Ini melibatkan kesihatan dan kesejahteraan alam sekitar. Berdasarkan kajian yang dijalankan, Malaysia dianggarkan akan mengeluarkan sebanyak 24.5 juta unit e-waste menjelang 2025. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia disarankan untuk menggunakan saluran yang betul dalam pengurusan e-waste.
Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah berkongsi di laman web rasmi mereka bagaimana anda sebagai pengguna boleh menguruskan e-waste dengan betul.
- 1) Hantar e-waste anda ke mana-mana pusat pengumpulan berdaftar atau fasiliti recovery yang berlesen DOE atau
- 2) Hubungi mana-mana pusat pengumpulan berdaftar yang ada menawarkan servis pick up dari kediaman anda
Untuk maklumat lanjut pengguna boleh melayari laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar https://ewaste.doe.gov.my/index.php/what-is-e-waste/