Mpox merupakan penyakit yang berpunca daripada virus monkeypox. Virus ini boleh merebak dan menjangkiti orang lain melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan. Ia juga boleh merebak melalui kontak secara langsung dengan peralatan yang telah dicemari cecair lepuh daripada individu yang dijangkiti mpox.

Sumber: Facebook KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Antara manfaat berjalan yang ramai orang tidak tahu adalah seperti pengurusan berat badan yang lebih efektif dan menambah kualiti tidur.

Jom kekal aktif dengan berjalan untuk meningkatkan kualiti hidup!

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Gejala rabun tua kini banyak dialami oleh golongan muda bermula pada umur 36 tahun.

Sumber: Facebook Majlis Keselamatan Negara Negeri Selangor

Menerusi hantaran oleh Pengerusi JPKK Kg Pagar, Penjom di dalam group kampung baru-baru ini, satu kaunter pengambilan sampel darah bagi pencegahan penyakit Filariasis/ Untut diadakan seperti berikut: 

بسم الله الرحمن الحين
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Seluruh Penduduk RPSB Kg Pagar dan Sekitar

Pengambilan Sample Darah Bagi Pencegahan Penyakit Filariasis / Untut

Sukacita dimaklumkan pengambilan sample darah tersebut akan dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Lipis pada ketetapan berikut :

🗓 : 24 Jun 2024 ( Isnin ) & 25 Jun 2024 ( Selasa )
⏱ : 9.00 malam - 11.00 malam
🏡 : Balairaya Kampung Pagar

Sehubungan dengan itu, dipohon semua penduduk untuk hadir.

Pengerusi JPKK Kg Pagar, Penjom

*Program dilanjut ke 26 Jun 2024.

 

🥤Minuman yang dikatakan sebagai “penyejuk badan” ini sangat mudah diperolehi di Malaysia dan yang mempunyai kebaikan untuk diamalkan khasnya ketika cuaca panas.

🥥Air kelapa mengandungi rendah kalori dan membekalkan pelbagai vitamin dan mineral semulajadi kepada tubuh badan.

❌ Sebaik-baiknya elakkan daripada menambah gula agar lebih memberi manfaat kepada tubuh badan.

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia