KUANTAN, 16 FEBRUARI 2024 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj bertitah supaya golongan wanita dapat menjaga kesihatan diri mereka.
Baginda bertitah, golongan wanita perlu menjaga pemakanan bagi memastikan mereka dapat menjalankan tanggungjawab menjaga keluarga dengan baik.
“Dan untuk kesihatan juga, kepada semua, apabila kena kencing manis, kena darah tinggi, kita kenalah jaga. Saya nak rakyat di Negeri Pahang ini semua sihat, kurangkan gula. Makan tak apa, tapi makan sayur dan makan buah.
“Tapi kesihatan itu adalah paling penting kerana kalau kita tak sihat, macam mana kita nak menjaga rumahtangga kita,” titah baginda.
Baca lanjut di KDYMM TENGKU AMPUAN PAHANG TITAH GOLONGAN WANITA JAGA KESIHATAN | Pahang Media