Penjagaan kesihatan di bulan puasa adalah penting agar kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Berikut adalah beberapa tabiat makan yang perlu dielak di bulan puasa.

  • 1.Jangan makan berlebihan terutama sewaktu berbuka puasa. Ini untuk mengelak kejadian kembung perut atau ketidakhadaman makanan.
  • 2.Kurangkan pengambilan makanan yang bergoreng dan berlemak.
  • 3.Kurangkan makanan tinggi gula.
  • 4.Kurangkan minum minuman berkafein seperti kopi, teh dan air berkarbonat. Minuman ini boleh menghalang penyerapan vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh badan. Ia juga boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil.
  • 5.Elakkan makanan yang diproses terutamanya yang mengandungi perisa dan pewarna tiruan serta pengawet. Biasanya makanan terproses adalah tinggi garam walaupun tidak terasa masin.
  • 6.Kurangkan makanan yang terlalu berempah dan pedas.

 

 

Sumber: http://www.myhealth.gov.my/tips-di-bulan-ramadhan/