Laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pahang berkenaan status covid di Pahang yang dikemaskini sehingga 25hb Julai 2021, 12 tengah hari baru-baru ini adalah berkenaan ringkasan kluster baharu iaitu Kluster Batu 6 Penjom, Kuala Lipis. Susulan daripada ini, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Darurat (PKPD) telah diisytiharkan di lokaliti ini. Pelaksanaan ini berkuatkuasa bermula 28hb Julai 2021 sehingga 10hb Ogos 2021.
Sumber: Crisis Preparedness & Response Centre (CPRC), Jabatan Kesihatan Negeri Pahang