Bantuan alat perubatan melalui PeKa B40 seperti kerusi roda, alat bantuan pendengaran dan lain-lain akan diberikan kepada anda yang berkelayakan setelah menjalani saringan kesihatan diperingkat awal. Bantuan alat perubatan sehingga RM20,000. Antara lain alat-alat bantuan perubatan yang disediakan adalah stent untuk jantung, prostesis & implan untuk tulang belakang, alat sendi tiruan, perentak jantung, prostesis & ortosis tulang anggota, alat terapi pernafasan & oxygen concentrator, kanta intraokular dan bantuan sokongan nutrisi. Usaha ini ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan ProtectHealth Corporation.

Semak kelayakan anda sekarang di https://protecthealth.com.my/ms/peka-b40

Sumber: CRPC KKM