E-waste ialah terma yang digunakan untuk menerangkan peralatan dan peranti elektrikal dan elektronik yang sudah rosak, tidak berfungsi dan usang. Antara contoh adalah televisyen, komputer, komputer riba, pedingin hawa, mesin basuh, peranti komunikasi seperti telefon bimbit dan banyak lagi.
Perkara ini telah menjadi masalah global akibat dari pengurusan e-waste yang tidak mesra alam. Ini melibatkan kesihatan dan kesejahteraan alam sekitar. Berdasarkan kajian yang dijalankan, Malaysia dianggarkan akan mengeluarkan sebanyak 24.5 juta unit e-waste menjelang 2025. Oleh yang demikian, rakyat Malaysia disarankan untuk menggunakan saluran yang betul dalam pengurusan e-waste.
Jabatan Alam Sekitar Malaysia telah berkongsi di laman web rasmi mereka bagaimana anda sebagai pengguna boleh menguruskan e-waste dengan betul.
- 1) Hantar e-waste anda ke mana-mana pusat pengumpulan berdaftar atau fasiliti recovery yang berlesen DOE atau
- 2) Hubungi mana-mana pusat pengumpulan berdaftar yang ada menawarkan servis pick up dari kediaman anda
Untuk maklumat lanjut pengguna boleh melayari laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar https://ewaste.doe.gov.my/index.php/what-is-e-waste/