Persatuan Belia Penjom telah ditubuhkan pada 2hb Mei 1960 dan didaftarkan di bawah Ordinan Pertubuhan 1949 (Undang-undang Pendaftaran Perkumpulan, Tahun 1953) sebagai Persatuan Pemuda Pemudi Tenada Murni Mukim Penjom dengan Nombor Pendaftaran 29 (Pahang Barat). Pada waktu itu, pentadbiran pertubuhan diletakkan di bawah pengawasan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Persekutuan di Kuala Lumpur.

RASIONAL LOGO PERSATUAN BELIA

 DUA GARIS LENGKUNG MERAH

 LIMA GARISAN LURUS JINGGA

 TIGA BENTUK MANUSIA BIRU DAN KUNING 

Persatuan Belia Penjom mempunyai ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang yang menjadi nadi penggerak persatuan. Gaya pemikiran yang berwawasan dan berdaya saing melambangkan peneraju kepada masyarakat, agama dan negara.

Menjadikan Rukun Islam dan Rukun Negara sebagai teras pembangunan persatuan. Persatuan Belia Penjom sentiasa bersedia berkhidmat dan menabur bakti. 

Melambangkan ahli-ahli yang sentiasa bersatu padu dan berani mengharungi cabaran serta menjadi contoh yang positif kepada masyarakat.

MOTO

Berwawasan, Berestetika dan Sedia Perkhidmatan

FALSAFAH

Kesinambungan belia dan masyarakat serta budi pekerti yang mulia ialah teras utama membentuk generasi cemerlang peneraju negara.

WAWASAN

Memartabatkan nilai kepimpinan, sahsiah diri dan insan yang mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara.

MISI

Bertekad menjadi sebuah persatuan belia yang terkehadapan dalam pelbagai bidang sesuai dengan zaman teknologi terkini.

OBJEKTIF

Menjadi wadah pembinaan keyakinan diri dan menyemai sikap bersatu padu.

Meningkatkan semangat kesefahaman dan setiakawan antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan dan latar belakang.

Menggalakkan ahli terlibat dengan aktiviti-aktiviti berfaedah.

Membekalkan modal insan yang kukuh jati dirinya dan mampu memberi sumbangan kepada masyarakat, agama dan negara.

KEGIATAN PERSATUAN BELIA PENJOM

 KEGIATAN

AKTIVITI 

PERTANDINGAN 

   

a) Bola Sepak: Lelaki

  • Diadakan secara tahunan.
  • Menyertai Pertandingan Bola Sepak 9 sebelah Kampung Mela pada 22 Disember  2008.
  • Mengadakan "Liga Belia Wawasan Penjom" pada 26 Januari 2009.    

b) Badminton : Lelaki & Wanita

  •  Diadakan secara tahunan.

c) Sepak Takraw : Lelaki

  • Diadakan secara tahunan.

2) Kelab/Persatuan

- Lebih cenderung ke arah aktiviti kesukanan.

 

3) Kegiatan Kemasyarakatan

 a) KEAGAMAAN

  • Mengadakan ceramah agama oleh Ustaz Khairul Amran Bin Jalil, Pegawai Agama Islam Daerah Raub di Masjid Kg. Pagar.
  • Mengadakan majlis mengaji serta Tadarus Al-Quran pada setiap bulan Ramadhan.
  • Bubur Asyura.

b) GOTONG-ROYONG

  • Gotong-royong bersama AJK Masjid Kg. Pagar pada 1 September 2008.
  • Gotong-royong perdana dan kempen bumi hijau peringkat Kg. Pagar bersama KIPSAS pada 28 Disember 2008.
  • Program membersihkan dan mengindahkan Masjid Penjom pada 25 Januari 2009.