"Game Changer" buat pengurusan data di Malaysia!
Kita ada 455 institusi sektor awam di Malaysia:
❗️70 Kementerian/Jabatan/Agensi
❗️13 Kerajaan Negeri
❗️83 Badan Berkanun Persekutuan
❗️134 Badan Berkanun Negeri
❗️155 Pihak Berkuasa Tempatan
Bayangkan, sebelum ini, kalau nak berurusan dengan 3 institusi sektor awam, kita perlu isi banyak dokumen berbeza dan bawa berpuluh dokumen sokongan. Tapi maklumat yang diisi hampir sama.
Sekarang, di bawah Pengkalan Data Utama (PADU), semua data di bawah satu bumbung.
Melalui sistem ini jugalah nanti, Kerajaan akan lebih mudah untuk beri subsidi dan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan. Rakyat tak perlu dah isi data berpuluh kali.
Jom daftar sekarang di https://www.padu.gov.my/
 
 
Kunjungi PEDi Kg Penjom atau mana-mana PEDi berdekatan anda untuk daftar PADU.