Berita baik bagi penduduk setempat di Kampung Penjom kerana perkhidmatan WiFi telah beroperasi semula. Perkhidmatan WiFi telah ditutup untuk beberapa ketika sudah mula beroperasi sejak 16hb Jun 2022. Terdapat tiga menara WiFi yang disediakan, dua yang sudah boleh digunakan adalah menara di hadapan PEDi Kg. Penjom dan satu lagi berdekatan Masjid Batu 6 Penjom. Satu lagi menara memiliki sedikit kerosakan dan akan dibaiki dalam masa terdekat.