Untuk sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Kg Penjom, sekali NADi Kg Penjom berbesar hati kerana dipilih sebagai sukarelawan dalam penglibatan. NADI Kg Penjom menyediakan buah tembikai untuk semua tetamu yang dijemput hadir. Rumah terbuka kali ini dianggotai oleh Masjid Batu 6 Penjom, JPKK Kg Genting, JPKK Kg Pagar, Balai Polis Penjom, WI Cawangan Penjom, AIM Pusat Siti Hawa Penjom, dan Akrab Genting.

 

 

    2009 HINGGA TERKINI 2024

 

 JUMLAH KESELURUHAN AHLI PEDi PENJOM

1022 ORANG

 JUMLAH AHLI NETBOOK PEDi PENJOM  473 ORANG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

"Game Changer" buat pengurusan data di Malaysia!
Kita ada 455 institusi sektor awam di Malaysia:
❗️70 Kementerian/Jabatan/Agensi
❗️13 Kerajaan Negeri
❗️83 Badan Berkanun Persekutuan
❗️134 Badan Berkanun Negeri
❗️155 Pihak Berkuasa Tempatan
Bayangkan, sebelum ini, kalau nak berurusan dengan 3 institusi sektor awam, kita perlu isi banyak dokumen berbeza dan bawa berpuluh dokumen sokongan. Tapi maklumat yang diisi hampir sama.
Sekarang, di bawah Pengkalan Data Utama (PADU), semua data di bawah satu bumbung.
Melalui sistem ini jugalah nanti, Kerajaan akan lebih mudah untuk beri subsidi dan bantuan kewangan kepada golongan yang memerlukan. Rakyat tak perlu dah isi data berpuluh kali.
Jom daftar sekarang di https://www.padu.gov.my/
 
 
Kunjungi PEDi Kg Penjom atau mana-mana PEDi berdekatan anda untuk daftar PADU. 

Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) merupakan inisiatif baharu kerajaan MADANI yang bertujuan untuk merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana sehingga RM1oo ribu kepada komuniti yang layak. 

Untuk maklumat lanjut, wakil-wakil komuniti setempat boleh berkunjung ke NADI Kg Penjom.