MAKLUMAT PUSAT EKONOMI DIGITAL(PEDi) KG PENJOM

PUSAT EKONOMI DIGITAL(PEDi) KG PENJOM  mengucapkan Selamat Datang dan Terima Kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal kami. Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda untuk menggunakan perkhidmatan dan kemudahan yang telah kami sediakan khususnya kepada penduduk komuniti.

PEDi KG PENJOM kini telah berwajah baru hasil kolaborasi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Telekom Malaysia Berhad (TM) dan juga MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) yang mana PEDi KG PENJOM merupakan projek yang dilaksanakan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Telekom Malaysia Berhad (TM) dilantik sebagai kontraktor utama, manakala MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) sebagai penyelaras program dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Objektif program ini ialah untuk menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dan kemudahan capaian internet bagi merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan komuniti di bandar. 

Sehubungan itu, Pengurus dan Penolong Pengurus komited dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat agar penduduk dapat melangkah maju ke hadapan seiring arus teknologi yang kian pesat membangun. Melalui PI juga, perkembangan kemajuan ekonomi setempat dapat ditingkatkan melalui penggunaan dan kemudahan  penggunaan ICT. 

Untuk pengetahuan komuniti, sebanyak 12 PI untuk Fasa 1 dan 73 pusat untuk Fasa 2 dan kini terdapat banyak fasa-fasa yang baru telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.

Kami telah beroperasi hampir 13 tahun, dengan keahlian PEDi yang semakin meningkat yang terdiri daripada pelbagai golongan. Lebih membanggakan apabila ada yang mendaftar sebagai ahli di sini bukan datangnya daripada kampung ini sahaja, malah ada yang datang dari mukim lain serta kampung-kampung yang jauh daripada PEDi KG PENJOM.             

Terkini, PEDi sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut:Ekonomi E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)E-Pembelajaran (e-Learning). Program PUPUK pula adalah salah satu program yang dijalankan oleh PEDi untuk membantu usahawan kecil bagi menggalakkan perniaga untuk berniaga di dalam talian secara percuma.

  • Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat.
  • Pusat Komunikasi.
  • Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian.
  • Pusat Peperiksaan dan Persijilan.
  • Khidmat nasihat yang berkaitan dengan ICT.
  • Perkhidmatan percetakan
  • Latihan secara percuma kepada semua golongan yang menjadi ahli
  • Zon tanpa wayar (wifi komuniti)

Kesimpulannya, segala kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di PiM bertujuan membantu dan memajukan komuniti kampung sekaligus setanding dengan penduduk yang berada di bandar. Kami menjanjikan layanan dan perkhidmatan yang memuaskan untuk anda semua. Sebarang cadangan atau penambahbaikkan boleh dinyatakan dengan mengisi borang cadangan yang disediakan.

PENGENALAN PERKHIDMATAN WIFI KOMUNITI (WK)

Perkhidmatan WiFi Komuniti(WK) sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar(KTW) merupakan perkhidmatanWiFi secara‘hotspot’ dikawasan tumpuan.

WiFi secara‘hotspot’merujuk kepada titik capaian yang disediakan di setiap lokasi bagi membolehkan pengguna menggunakan internet melalui isyarat gelombangWiFi.

Kawasan tumpuan bagi KTW1M meliputi kawasan luar bandar terpilih yang mendapat kurang liputan internet.

TUJUAN & MATLAMAT PENUBUHAN

Penyediaan perkhidmatan capaianinternettanpa wayar secara kolektif kepada masyarakat luarbandardikawasan kurang liputan SECARA PERCUMA.

Menanamkan minat dan kesedaran tentang kepentingan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian seiring dengan inisiatif WiFi Komuniti(WK) yangdirencanakan Kerajaan kearah memupuk masyarakat berilmu dan progresif.

KONSEP HUB & SPOKE WK

 

Pelayan cache dipasang di hub yang berada di PI untuk kelancaran internet.

Hub berhubung kepada 5 spoke WK.

Setiap spoke berada dalam lingkungan 1 kilometer dari hub.

Liputan WiFi bagi setiap spoke adalah dalam lingkungan sehingga 250 meter.

Kelajuan internet bagi setiap hub dan spoke adalah 4Mbps.

VISI DAN MISI PUSAT EKONOMI DIGITAL(PEDi) KG PENJOM

 

 

 PROGRAM DASHBOARD PEDi KG PENJOM

 

Ejen Bank Berdaftar (EB) BSN Di Pusat Ekonomi Digital Kg Penjom 

Perkhidmatan yang Ditawarkan

 » Deposit Tunai
 » Pengeluaran Tunai
 » Pembayaran Bil
 » BSN SSP
 » Pembayaran Tanpa Tunai
 » Tambah Nilai Prabayar
 » Pembukaan Akaun GIRO / GIRO-I



Manfaat

 » Tiada caj tambahan.
 » Kos efektif dan menjimatkan masa – ada di kedai-kedai runcit berhampiran anda.
 » Akses mudah – perkhidmatan sedia ada walaupun di tempat terpencil di seluruh negara.
 » Transaksi mudah dan waktu operasi yang panjang.

 

 

 

Penambahan jumlah PEDi ini telah banyak membantu komuniti dalam melahirkan komuniti yang celik IT dan telah meningkatkan taraf sosio-ekonomi komuniti setempat.

#pediuntuksemua #KKD #MCMC #PusatEkonomiDigital #pedi #telekommalaysia

Sumber: Facebook Pusat Ekonomi Digital

Bermula Jun 2023, PEDi Kg Penjom akan menyediakan lebih banyak kelas secara atas talian untuk komuniti setempat. Kelas-kelas ini terdiri dari modul-modul keusahawanan dan tips dan persediaan memasuki pasaran kerja. Untuk permulaan, bulan Jun ini disediakan sebanyak 7 kelas secara atas talian dan terbuka kepada semua (keutamaan diberi kepada ahli PEDi). Untuk senarai kelas-kelas yang ada, boleh klik pada column Jadual Latihan & Aktiviti, pilih Jadual Aktiviti. 

Pusat Ekonomi Digital bersama MSD Group telah menyediakan beberapa kelas atas talian menggunakan aplikasi Zoom dan Facebook di bulan Julai ini. Modul-modul latihan yang disediakan adalah seperti berikut: 

 TRAINER  TRAINING MODULE  TARIKH  HARI  MASA
 En. Fazli Nizam Entering Job Market - Resume Writing 11 7 2023 Selasa 11am-12.30pm 
 En. Faizal Baharom AgroTechnology - Smart Farming  12 7 2023  Rabu  11am-12.30pm 
 En. Fazli Nizam Entering Job Market - Business Etiquette & Personal Grooming 13 7 2023   Khamis 11am-12.30pm 
 Pn. Siti Nur Husna Modul Asas Keusahawanan - Pengurusan Kewangan utk IKS 17 7 2023 Isnin  11am-12.30pm 
 En. Fazli Nizam Entering Job Market - IV Skills  8 7 2023 Selasa  11am-12.30pm 
 Pn. Elaine Aisyah Cakna Gaya Hidup - Pengurusan Kewangan Peribadi  20 7 2023  Khamis  11am-12.30pm 
 Pn. Juliana  Modul Asas Keusahawanan - Tips Pengurusan Sumber Manusia bg IKS  25 7 2023  Selasa 11am-12.30pm 
En. Hashim Modul Asas Keusahawanan - Modul Asas Keusahawanan Mindset Usahawan 26 7 2023 Rabu 11am-12.30pm

Tahukah anda, ahli komuniti Penjom boleh menggunakan peranti tablet di PEDi Kg Penjom? Sebanyak 10 tablet disediakan di sini beserta aksesori keyboard dan stylus pen. Beberapa program yang akan diadakan di PEDi Kg Penjom yang akan menggunakan tablet untuk rangka masa hadapan. Diharap ramai yang akan bersama-sama menyertai program-program PEDi Kg Penjom akan datang. Anda juga boleh meminjam untuk kegunaan di dalam bangunan PEDi Kg Penjom atau meminjam untuk tempoh dua hari beserta syarat-syarat yang ditetapkan. Keutamaan diberi kepada ahli PEDi Kg Penjom.