Bermula 31 Januari 2023, mengorak langkah sebagai pembuka tahun baharu, JPKK Kg Genting telah mengusahakan semula Pekan Sehari Batu 6, Penjom. Pekan Sehari ini dulunya sangat berjaya dalam komuniti Batu 6, Penjom dengan kemeriahan peniaga-peniaga kecil dan besar, dan jumlah pengunjung yang ramai. Bagi menghidupkan semula Pekan Sehari ini, seramai 18 peniaga telah mendaftar untuk sama-sama menjayakannya. Pekan Sehari Batu 6, Penjom diadakan pada setiap hari Selasa seawal 7 pagi. Orang ramai bolehlah membeli di sini sebagai sokongan kepada peniaga atau usahawan tempatan dan berbelanja kini lebih mudah atas faktor dekat dalam komuniti setempat.