Hampir setiap kali siaran dimuatnaik di akaun-akaun media sosial milik Nor Umira Syarita bt. Abdul Aziz atau mesra dengan sapaan Kak Mimi, ikan-ikan sungai liar yang segar selalu menjadi perhatian pembeli dan peminat. Ikan-ikan yang dijaring dan dipancing oleh suaminya, Mohd Khairri b. Kamaluddin di Sungai Lipis di Kg. Penjom. Menurut Kak Mimi ikan-ikan ini sangat mendapat perhatian pembeli sehinggakan ada pembeli lain yang tidak berkesempatan merasa hampa apabila ikan segera habis dijual. Hasil jualan juga amat berpatutan memandangkan ikan-ikan sungai ini ada yang agak tinggi harga pasarannya. Antara spesis ikan yang dijual ialah lampam, lampam jawa, baung kuning, patin lawang dan gahak.

Bertarikh pada hari ini iaitu 23hb Oktober 2021, Hafiz Ikan Sangkar memulakan pembukaan gerai menjual ikan tilapia merah dan patin sangkar sungai secara rasmi. Pemiliknya Encik Hafizuddin bin Abdul Manan, 29 gembira dan menarik nafas lega atas pembukaan gerai ini yang tergendala akibat beberapa bentuk kekangan seperti PKP dan air bah yang merosakkan sangkar-sangkar milik beliau, akhirnya terlaksana dengan jayanya.

Tahniah diucapkan kepada anak muda ini atas kejayaan beliau, semoga dapat memberi inspirasi kepada anak-anak muda setempat dah seluruhnya. Kepada sesiapa yang berminat mendapatkan ikan-ikan segar terbaik bolehlah datang ke Gerai No.5 Medan Penjaja Penjom dan terus menyokong perniagaan beliau. Untuk tempahan boleh menghubungi beliau di talian 01129463699

 

 

Tahniah dan syabas diucapkan kepada anak-anak muda dari Kg Genting En Ahmad Syakir Hamdan dan En Mohd Firdaus Abdul Kirom kerana berjaya mengusahakan Projek Fertigasi Usahawan Muda Kg.Genting.
 
Detail tanaman
Varieti : Timun batang
Tarikh mula tanaman : 16/7/2021
Tarikh tuaian : 16/8/2021
 
Semoga lebih ramai lagi anak muda dari Kg Genting terinspirasi untuk menceburi bidang pertanian ini.
 
TIMUN

Pengusaha tempatan Kg. Pagar, Penjom yang diberi nama Puan Sharimah binti Mohd Nor, 51 bersama suami Encik Abdul Mahaidin bin Abdul Mubin, 60 memulakan perniagaan makanan mereka dengan menjual karipap. Menggunakan nama komersial Currypufflicious, karipap yang pernah dijamu hampir semua pembeli sekitar Kuala Lipis dan luar mengakui kelazatan karipap mereka dan ada yang menjadi pembeli tetap. Malah, Currrypufflicious juga memiliki Facebook rasmi dengan pengikut berjumlah 380 pengikut.

Berikutan situasi pandemik yang bermula pada Mac 2020, jualan yang biasa diusahakan dalam bentuk fizikal dengan membuka gerai di pasar-pasar malam adalah terbatas. Daripada tempoh yang menjadi kekangan ini, pasangan ini bertindak beralih fokus mereka sepenuhnya ke jualan atas talian. Menarik lagi, mereka menambah variasi jualan mereka ke produk baru iaitu kek. Kek yang boleh disediakan dalam pilihan 6 perisa sangat menarik perhatian dan menjadi kegemaran pembeli setempat dan sekitar Kuala Lipis. Antara pilihan perisa yang ada adalah seperti dalam gambar.

Kek

Kepada anda yang berminat untuk merasa kek-kek keluaran Currypufflicious ini boleh la menghubungi pengusaha Puan Sharimah di laman rasmi Facebook mereka facebook.com/currypufflicious atau berhubung terus ke nombor 017-919 3063.

  'MEE KUNING PENJOM '

Puan Hamidah binti Hamzah merupakan anak tempatan kampung Penjom  , bermula daripada kecil-kecilan membuat mee Penjom sehingga membuka kilang untuk memproses Mee Penjom. Kini Kilang Mee Penjom itu di ambil alih oleh anak beliau En Wan Ahmad Razif. Perniagaan Mee Kuning ini telah diusahakan selama 22tahun yang lepas dan kini telah berkembang sekitar daerah Lipis , Raub , Benta dan Jerantut . Harga Mee Penjom ini berharga rm1 sebungkus , kilang Mee Penjom ini terletak di belakang Dewan Orang Ramai Penjom.