Dalam kalangan komuniti Penjom, sebut sahaja kek lapis Sarawak, kebanyakan sudah umum mengetahui daripada siapa mereka akan membelinya. Camalia binti Abdullah merupakan anak kelahiran Sarawak yang menetap di Penjom merupakan pengusaha dan pemilik kepada kedai bernama Azleeya Kek Lapis Sarawak. Sesiapa yang pernah merasakan kek lapis Sarawak Camalia atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Lia pasti mengakui kesedapan dan keunikan rasanya yang tersendiri. Boleh didapati dalam pelbagai perisa, rupa dan warna, pelanggan boleh menghubungi Kak Lia untuk tempahan atau pun langsung terus ke kedai mendapatkan kek lapis yang sedia ada. 

Selain itu, kedai Azleeya Kek Lapis Sarawak turut menyediakan makanan-makanan dari Sarawak seperti mi kolok dan laksa Sarawak. Juga boleh dibeli kudapan-kudapan seperti keperek dan nachos. Beroperasi dari jam 11 pagi hingga 5 petang setiap hari kecuali hari Ahad *jadual tertakluk kepada kelapangan dan kesibukan menyiapkan tempahan pelanggan terutamanya dari atas talian.

Untuk penggemar atau bakal penggemar Kek Lapis Sarawak bolehlah menghubungi Kak Lia di Facebook Azleeya Kek Lapis Sarawak atau menjejakkan kaki ke No. 3, Gerai Kampung Penjom, Kuala Lipis.