Buli siber atau online adalah perbuatan mengancam, memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti mesej teks (SMS), chatting, e-mel, laman web sosial, telefon bimbit atau permainan internet (Sinar Harian, 5 Sept. 2021). Laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) pula menambah, perbuatan buli siber ini merupakan satu perbuatan yang berulang melalui medium yang sama.
Buli siber memberi kebimbangan yang unik kerana ia berterusan, kekal, dan sukar dikenalpasti. Manakala kesannya kepada mangsa dapat dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan mental.
Sumber gambar: Sinar Harian, Ahad 5 September 2021
Bagaimana mencegah?
1) Amalkan keselamatan internet
2) Didik anak, pelajar atau diri sendiri tentang keselamatan dan etika melayari internet
3) Jangan kongsi butiran peribadi sewenang-wenangnya di internet
4) Awasi nada dan makna mesej yang ditulis, ia mungkin boleh disalah tafsir
Sumber artikel: Sinar Harian, Majlis Keselamatan Negara