Satu siaran dari Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia telah dibuat pada 06 Ogos 2022 yang berbunyi seperti berikut.
PERLANJUTAN WAKTU OPERASI KLINIK KESIHATAN TERPILIH
Susulan daripada pengumuman YB Timbalan Menteri Kesihatan bagi pengoperasian klinik kesihatan disekitar Lembah Klang yang dilanjutkan tempoh perkhidmatan sehingga 9:00 malam - 10:00 malam, khususnya bagi rawatan kes harian seperti influenza telah mengesa KKM untuk mengambil tindakan wajar dengan melanjutkan beberapa waktu operasi klinik kesihatan terpilih sebagai tindakan kesiapsiagaan sejak 3 Julai 2022.
Walaubagaimanapun berdasarkan kepada analisa situasi semasa, antaranya:
1) jenis penularan influenza dalam kalangan komuniti dan
2) Tren jangkitan COVID-19 atau 'Flu' biasa
Justeru, penerangan lanjut mengenai waktu operasi ini telah dirangkumkan seperti yang dikongsikan kepada anda menerusi Slot Selamat Pagi Malaysia, TV 1 yang telah bersiaran pada 4 Ogos 2022 untuk perhatian anda
Pastikan anda terus mengamalkan pemakaian pelitup muka sekiranya berada di kawasan yang sesak atau sempit kerana ia masih relaven sehingga kini.
Sumber: Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia