Majlis Kenduri Kampung
Anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)
Kg Genting, Mukim Penjom

Tarikh : 13hb Julai 2019 (Sabtu)
Masa : 11.30 pagi - 2.30 petang
Tempat : Perkarangan Tapak Pekan Sehari Batu 6 Penjom .

Majlis ini dibuat bertujuan untuk merapatkan lagi silaturrahim antara penduduk Kampung Genting, Pemimpin setempat, warga Balai Polis Penjom dan agensi-agensi lain yang terlibat.

Ribuan terima kasih diucapkan atas penglibatan Penghulu Mukim Penjom En Arzahar Bin Ismail, Balai Polis Penjom, Unifi Raub dan KEMAS Lipis untuk menjayakan Majlis Kenduri Kampung Ini.

Syabas dan tahniah juga diucapkan kepada Pengerusi MPKK Kg. Genting Dan Ahli Jawatankuasa yang dapat menjayakan majlis ini.