Jasa mu tetap dihargai.

Pengerusi JKKK Kg.Genting telah menghadiri majlis persaraan KPB Penjom, En Ibrahim bin Mat Saman. Sedikit cenderahati telah diserahkan oleh Pengerusi JKKK Kg Genting sebagai tanda kenang-kenangan yang tidak seberapa dari kami.

Ucapan ribuan terima kasih di atas segala jasa, sumbangan dan kerjasama yang amat baik diberikan oleh En Ibrahim sepanjang tempoh beliau bertugas di Balai Polis Penjom.

Semoga En Ibrahim sentiasa kekal sihat dan sejahtera dalam menempuhi alam persaraan. Selamat Bersara