Kemeriahan Aidil Fitri masih lagi terasa memandangkan kita masih di bulan Syawal. Tidak mahu terlepas peluang, JPKK Kg Pagar dan JPKK Kg Genting masing-masing ingin berkongsi kemeriahan Syawal bersama komuniti setempat. Minggu lalu adalah minggu kedua-dua JPKK Kg Pagar dan JPKK Kg Genting mengadakan mesyuarat untuk membuat persediaan mereka. PEDi Kg Penjom telah dijemput untuk usahasama bagi menjayakan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri JPKK Kg Genting.

Mesyuarat JPKK Kg Pagar diadakan pada 5hb Mei 2023, manakala mesyuarat JPKK Kg Genting diadakan pada 10 Mei 2023. Hasil dari itu, tarikh bagi Jamuan Aidil Fitri JPKK Kg Pagar ialah pada 19 Mei 2023, dan Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri JPKK Kg Genting ialah pada 17 Mei 2023. Semoga kedua-dua urusan dipermudah dan berjalan seperti dirancang.