Tahukah anda the World Economic Forum pada tahun 2019 telah mengeluarkan kenyataan bahawa hampir 50 billion tan sisa elektronik atau lebih dikenali sebagai e-waste dihasilkan saban tahun? Dari jumlah ini hanya 20% direkodkan dikitar semula manakala selebihnya ada yang dibakar dan dibiarkan saja. Malaysia menghasilkan lebih kurang 1 billion tan e-waste dari jumlah 50 billion tan tersebut.
Sumber gambar: New Straits Times (27 September 2019)
Jabatan Alam Sekitar Malaysia pula mengambil pendekatan untuk memulihkan keadaan ini dengan mendidik masyarakat. Antara isi yang dikongsi adalah kesan kepada kesihatan dan peranan yang boleh diambil. E-waste mengandungi bahan pencemar seperti plumbum, kadmium, berillium dan 'brominated flame retardants'. Masyarakat berperanan untuk menguruskan e-waste milik masing-masing pada saluran yang betul.
Sebagai memudahkan komuniti setempat, Pusat Internet Komuniti Kg. Penjom ada menyediakan ruang bagi orang awam untuk meninggalkan e-waste, seterusnya dikumpul untuk dilanjutkan pemprosesan e-waste mengikut saranan.
Sumber: Jabatan Alam Sekitar, New Straits Times.