Berita baik buat anak jati Penjom, Kuala Lipis dan semua untuk mendapatkan penempatan baru yang masih belum diberi nama taman. Sebanyak 27 unit rumah teres setingkat akan dibangunkan di kawasan rezab melayu bersebelahan Sekolah Kebangsaan Penjom di Jalan Benta-Lipis.
Satu unit rumah ini berukuran 20' X 90' X 107'. Ia dilengkapi 4 bilik dan 2 tandas. Terdapat juga dapur kering dan basah. Siling untuk unit-unit rumah ini adalah pada aras tinggi. Menurut satu panggilan telefon yang telah dibuat kepada pemaju, setiap unit rumah akan mempunyai laman belakang yang berkeluasan kira-kira 15' kaki persegi. Harga bermula dari RM268k ++.
Antara maklumat yang dipaparkan pada papan iklan ialah:
- Pemaju: Sri Jati Development Sdb. Bhd. (Mentakab, Pahang)
- Arkitek: Yu Architect (Cheras, KL)
Jurutera: CNYNQ Enterprise (Kuantan, Pahang)