Sempena pengumuman keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Fokus KPM akan mengupas mengenai Pendidikan Tingkatan 6 dalam beberapa siri.
Pendidikan Tingkatan 6 adalah salah satu laluan lepasan menengah yang disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selain program matrikulasi dan pendidikan guru.
Pelajar lepasan STPM mempunyai peluang untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara. Sijil STPM diiktiraf di lebih 50 buah negara dan oleh universiti-universiti terkemuka seperti National University of Singapore, Queen's University dan University College Dublin.
KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik Pendidikan Tingkatan 6 selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri untuk memberi peluang pendidikan terbaik untuk semua murid tanpa mengira kaum atau status.
Pada waktu ini Pendidikan Tingkatan 6 ditawarkan di 643 buah Pusat Tingkatan 6 di seluruh negara. KPM akan terus berusaha untuk memberi akses pendidikan terbaik kepada semua.