Bulan September kali ini, NADI Kg Penjom terlibat dalam menjayakan Program Belia Komuniti sempena Hari Malaysia X Maulidurrasul 2024 bersama-sama komuniti Penjom. Sepanjang hari berlangsungnya program tersebut, NADI Penjom menyediakan satu slot pertandingan mewarna kanak-kanak berumur 4 tahun hingga 9 tahun. Seramai 40 peserta telah menyertainya. Lanjut ke minggu ketiga bulan ini, kelas-kelas aktiviti STEM turut diadakan. Antara aktiviti-aktiviti yang dilakukan adalah membuat kapal terbang kertas, membina catapult, dan membuat mini roket.