Pihak MCMC akan mengadakan Sesi Taklimat mengenai E-Latih daripada Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) kepada Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Pahang. E-Latih merupakan inisiatif dibawah PMSB yang menyediakan pelbagai jenis kursus latihan yang merangkumi peningkatan kemahiran dan pembangunan peribadi secara percuma kepada orang ramai. Objektif taklimat ini diadakan adalah untuk memberikan penerangan kepada PEDi mengenai program latihan yang disediakan melalui platform e-latih ini dan seterusnya dapat dipromosikan serta dimanfaat kepada komuniti setempat. Taklimat akan diadakan seperti berikut:

 

Tarikh: 25 FEB 2022 (Jumaat)

Masa: 3 Petang

Tempat: secara atas talian 

Peserta: Semua pengurus PEDi negeri Pahang