Taman Rimba Kenong

 

 

Merupakan hutan hujan tropika yang masih belum diteroka seluas 128 kilometer persegi dalam Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Ia terletak di Lembah Kenong dan berkongsi sempadan dengan Taman Negara di bahagian utara dan timur.

Taman Rimba Kenong terletak 32 km dari pekan Kuala Lipis dan 302 km daripada Kuantan dan juga terletak di Hutan Simpan Yong yang mempunyai jenis Hutan Dipeterokarp Bukit.

Walaupun taman ini dibuka kepada orang awam, kebanyakan kawasan taman ini masih lagi belum diterokai sepenuhnya. Di sini para pengunjung dapat melihat pelbagai flora dan fauna, dari cendawan hinggalah pokok yang berpuluh meter tingginya dan dari katak bersaiz 1 sm hinggalah ke gajah. Keindahan alam yang belum tercemar, mempunyai landskap semulajadi yang masih belum diterokai serta terkenal dengan keindahan dan keunikan gua batu kapur menjadikannya salah satu destinasi tumpuan pelancong.

Antara gua batu kapur yang terdapat di sini adalah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau, dan Gua Hijau.

Disamping itu pengunjung dapat menghayati suasana hutan dengan mendengar bunyi cengkerik dan burung enggang.

Aktiviti-aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan ialah: Jelajah Gua Batu Kapur Interpretasi Sumber Berkelah / Berenang Fotografi Aktiviti Tali ‘Cave Tubing” Berakit, Bersampan, Berkenu dan Berkayak Pemerhatian Burung / Hidupan Liar Jalajah Gunung Perkhemahan

Kemudahan sedia ada:

-Tempat letak kereta

-Jambatan Gantung

-Pusat Penerangan

-Pondok rehat,

-bangku dan kemudahan tong sampah

-Papan-papan tanda dan papan tanda pokok

-Chalet dan dormitori

-Tapak perkhemahan

-Kemudahan tandas

-Denai hutan / Denai interpretasi Make