Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sedang mengadakan Mini KUD yang kedua bagi tahun 2022 pada 30 Jun 2022 hingga 3 Julai 2022 (Khamis hingga Ahad) bertempat di Dataran Orang Kaya Haji, Lipis, Pahang dengan penglibatan 6 agensi di bawah KPLB iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), FELCRA Berhad, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) selain penglibatan dari bahagian-bahagian di bawah KPLB. Program ini turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada Majlis Daerah Lipis (MDL) khususnya dalam penyediaan tapak Program Mini KUD @ Lipis ini dan juga penglibatan di dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengisian Program Mini KUD @ Lipis. Program ini dijadualkan untuk bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 11.30 malam dan disasarkan akan menerima kira-kira 5,000 pengunjung setiap hari dengan sasaran jualan berjumlah RM200,000.00 untuk sepanjang tempoh pelaksanaan Program Mini KUD @ Lipis.
Antara gambar-gambar yang dipetik dari laman sesawang rasmi Malakat Tribune News.
http://penjom.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am/222-mini-karnival-usahawan-desa-kuala-lipis-2022#sigFreeIdfc83ba826a
Sumber gambar: https://www.malakattribunenews.com/2022/06/foto-sekitar-hari-pertama-mini-karnival-usahawan-desa-kud-di-lipis-pahang/