http://penjom.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am/279-amaran-hujan-berterusan#sigFreeId2b577a6861
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)
Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Rompin) • Johor (Segamat, Kluang dan Mersing) sehingga Ahad, 5 Mac 2023.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Pekan) • Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga Ahad, 5 Mac 2023.
SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)
I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Maran, Kuantan dan Bera) • Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) • Melaka sehingga Ahad, 5 Mac 2023.
II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) sehingga Sabtu, 4 Mac 2023.
Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.
Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.
Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
Dikeluarkan pada: 8:55 pagi, 4 Mac 2023 oleh Jabatan Meteorologi Malaysia