15 Januari 2023 - Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Cawangan Penjom telah mengadakan Mesyuarat Agung pada Ahad lalu bertempat di perkarangan Masjid Batu 6 Penjom. Dengan kehadiran 44 orang ahli, majlis telah dirasmikan oleh Penyelaras Dun Cheka, Encik Khairul Nizam bin Dato' Abu Dahari. PEDi Kg Penjom berkesempatan mengadakan jualan buku di majlis tersebut.

Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia [PPPM] atau The Association of Women's Institute [WI] telah diasaskan pada tahun 1952 oleh Lady Templer, isteri kepada Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu. Keahliannya terdiri dari anak gadis berusia lima belas tahun keatas dan warganegara Malaysia. Pada asalnya pertubuhan ini dianggotai majoritinya oleh guru-guru, suri rumah dan selebihnya dari bidang-bidang yang lain. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk memperjuangkan hak-hak kaum wanita di bidang pendidikan, ekonomi, sosial, perundangan dan agama.
 
 
Sumber: Facebook Penyelaras Dun Cheka