Satu kelas membuat sabun diadakan di perkarangan Masjid Batu 6, Penjom pada Ahad, 22 Mac 2022 jam 9.30 pagi sehingga 12.30 petang. Kelas ini adalah atas inisiatif Ketua WI Cawangan Penjom, Puan Wan Sharifah bt. Wan Ahmad. Seramai 5 orang peserta yang menghadiri kelas ini. Menariknya antara bahan yang digunakan adalah minyak terpakai. Bahan kimia yang digunakan adalah Lye atau Sodium Hydroxide (NaOH). Lemon diperah, dan daun pandan dikisar dan ditapis untuk dicampur ke dalam larutan membuat sabun. 

 

Larutan sabun yang baru siap dibancuh (kiri) dan hasil setelah 3 ke 4 minggu (kanan)

Pada 12hb Februari 2022, Mesyuarat Agong WI Cawangan Penjom telah diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg. Penjom. Perjumpaan yang diadakan atas talian ini dihadiri oleh 6 orang ahli WI Cawangan Penjom. Mesyuarat Agong WI Cawangan Penjom ini berlangsung selama 3 jam bermula 2.30 petang sehinggga 5.30 petang secara maya dengan jumlah pengguna atas talian sebanyak 31 orang. Antara intipati mesyuarat adalah perancangan pelan dan aktiviti tahun 2022 dan lain-lain.

 

Wanita Hari Ini

 



AKTIVITI DAN KEGIATAN

Kegiatan Kemasyarakatan

  • Gotong-royong harian surau mengikut giliran
  • Ceramah kesihatan

Kegiatan Keagamaan 

  • Ceramah sempena Maulidur Rasul.
  • Sambutan Maal Hijrah - Asyura.
  • Bacaan Yasin 1 bulan sekali bergilir-gilir rumah ke rumah.
  • Majlis berbuka puasa.
  • Tadarus Al-Quran di bulan puasa.
  • Kursus jenazah.

Kegiatan Sosial/Kebudayaan

  • Jamuan hari raya.

 Kegiatan Sampingan

  • Demonstrasi memakai tudung.
  • Urutan Refleksi.


ORGANISASI : 35 ORANG AHLI 

 

 PROGRAM TADARUS AHLI WI PENJOM DI SURAU KG PAGAR , PENJOM

 

1 )   

Sebagai pembuka tahun 2022, WI Cawangan Penjom bakal mengadakan mesyuarat agong pada 27 Januari, Khamis ini bermula jam 9.30 pagi. Mesyuarat yang dijangka berlangsung selama 3 jam ini memilih Dewan Muslimah Masjid Batu 6, Penjom sebagai tempat berkumpul. 

          PROGRAM BUBUR ASYURA .

 

        

 

 

                                     

                                                   

                                                                                          

Sub-kategori

 PROGRAM MAULIDUR RASUL BERSAMA W.I LIPIS.

 

1)

      

 

2)

      

 

3)

 

      

 

4)