Ahad, 25 Jun 2023 - Bermula seawal jam 8 pagi, AJK Masjid Batu 6 Penjom telah mengadakan satu gotong royong melibatkan kawasan dalam masjid dan sekitar. Gotong royong ini dihadiri sejumlah masyarakat komuniti setempat. WI Penjom turut tidak terkecuali dalam gotong royong ini. Tujuan gotong royong adalah salah satu bentuk persediaan menyambut Aidil Adha yang bakal tiba 29 Jun ini selain memastikan prasarana masjid ini bersih dan selamat. Terima kasih kepada semua yang terlibat, semoga pahala yang setimpal dikurniakan kepada mereka. Aameen.

Khamis lalu, PEDi Kg. Penjom menerima kedatangan Encik Khairul Nizam bin Dato' Abu Dahari selaku Penyelaras Dun Cheka untuk menyampaikan sumbangan bagi pihak Menteri Besar Pahang YB Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail. Penerima sumbangan ialah WI cawangan Penjom, yang diwakili oleh Wan Sharifah binti Wan Ahmad, selaku pengerusi pertubuhan tersebut. Sekeping cek sejumlah wang dan pembesar suara mudah alih telah disumbangkan.

15 Januari 2023 - Pertubuhan Perkumpulan Wanita (WI) Cawangan Penjom telah mengadakan Mesyuarat Agung pada Ahad lalu bertempat di perkarangan Masjid Batu 6 Penjom. Dengan kehadiran 44 orang ahli, majlis telah dirasmikan oleh Penyelaras Dun Cheka, Encik Khairul Nizam bin Dato' Abu Dahari. PEDi Kg Penjom berkesempatan mengadakan jualan buku di majlis tersebut.

Pertubuhan Perkumpulan Perempuan Malaysia [PPPM] atau The Association of Women's Institute [WI] telah diasaskan pada tahun 1952 oleh Lady Templer, isteri kepada Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi British pada masa itu. Keahliannya terdiri dari anak gadis berusia lima belas tahun keatas dan warganegara Malaysia. Pada asalnya pertubuhan ini dianggotai majoritinya oleh guru-guru, suri rumah dan selebihnya dari bidang-bidang yang lain. Tujuan utama penubuhannya adalah untuk memperjuangkan hak-hak kaum wanita di bidang pendidikan, ekonomi, sosial, perundangan dan agama.
 
 
Sumber: Facebook Penyelaras Dun Cheka

Persatuan WI Cawangan Penjom telah mengadakan program bacaan Yassin sempena menyambut bulan mulia Ramadan. Ahli-ahli WI Cawangan Penjom yang berkelapangan telah hadir di majlis tersebut pada Jumaat, 9 pagi 1hb April 2022 di Kelas Mengaji Masjid Batu 6 Penjom. Cenderahati turut disediakan kepada ahli-ahli WI veteran dan juga hidangan kuih-muih kepada semua yang hadir. Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.

Sub-kategori

 PROGRAM MAULIDUR RASUL BERSAMA W.I LIPIS.

 

1)

      

 

2)

      

 

3)

 

      

 

4)