Seperti yang telah diumumkan Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek, usaha untuk memelihara kebajikan guru sentiasa menjadi perhatian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Justeru, buat pertama kalinya pelantikan pengawas peperiksaan awam bermula dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2023 telah dibuka kepada orang awam.
Orang ramai yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan adalah dijemput untuk memohon sebagai sukarelawan pengawas peperiksaan SPM tahun 2023.
Permohonan boleh dikemukakan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) melalui pautan https://bit.ly/44KmnxL.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi JPN masing-masing atau emel kepada Lembaga Peperiksaan di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
View the embedded image gallery online at:
http://penjom.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan/322-tawaran-sukarelawan-sebagai-pengawas-peperiksaan-spm-2023#sigFreeId508617d16b
http://penjom.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/pendidikan/322-tawaran-sukarelawan-sebagai-pengawas-peperiksaan-spm-2023#sigFreeId508617d16b