Kelas asas ICT pada Jun 2024 kali ini, seramai 4 orang kanak-kanak yang menyertai beranggaran umur seawal 5 - 9 tahun. Antara aktiviti yang dilakukan ialah pengenalan kepada komputer, latihan memegang dan menggunakan tetikus, mengenali fungsi keyboard dan latihan menaip huruf-huruf mudah. Sesi kali ini juga diselit dengan pengetahuan sains seperti bagaimana hujan terbentuk (water cycle) dan juga KDB e-waste. Peserta belajar mengasingkan sampah boleh kitar semula dan e-waste.