Daerah Lipis merupakan daerah yang mendapat peruntukan paling banyak dari segi bilangan projek yang dilaksanakan dalam usaha Kerajaan Negeri bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meningkatkan telekomunikasi dan internet dibawah Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA).
Sebanyak 52 menara baharu telah ditetapkan untuk dibina dimana sebanyak empat telahpun siap pada tahun 2021 lalu iaitu di Kg Ridan, Kg Sg Lik, Kg Gua Kalung dan Agropolitan Gahai. Manakala baki 48 menara lagi kini dalam peringkat perolehan tapak melibatkan 30 tapak di atas tanah Kerajaan Negeri dan selebihnya di atas tanah individu dan korporat.
Usaha ini telah menampakkan progres termasuk kerja-kerja pembersihan tapak dan pemasangan menara (Gambar dibawah). Kerja-kerja pembinaan menara ini dijangka akan siap secara berperingkat bermula penghujung Oktober 2022 sehingga Mac 2023. Dalam usaha sama, sebanyak 143 stesen pemancar sedia ada di Daerah Lipis ini telah siap dinaiktaraf ke rangkaian 4G.
 
 
Sumber: Facebook Fakhruddin Ariff