Pada 17hb Jun 2024, Ahad, komuniti setempat telah berkumpul di Masjid Batu 6 Penjom bagi memeriahkan sambutan Hari Raya Aidiladha. Acara korban yang dianjurkan oleh Masjid Batu 6 Penjom bersama-sama JPKK Kg Pagar dan Kg Genting ini melibatkan sejumlah 12 ekor korban. Satu daripadanya adalah kerbau dan selebihnya lembu dan kambing. Penyembelihan bermula jam 9.45 pagi seusai solah sunat Aidiladha yang berakhir jam 8.40 pagi bagi memberi peluang kepada para sukarelawan bersedia. Para sukarelawan telah dibahagikan kepada 12 kumpulan untuk memastikan proses penyembelihan, melapah dan mengagih berjalan lancar. Penduduk kampung yang berkumpul mengambil kesempatan untuk beramah mesra sambil menyaksikan kemeriahan sambutan Aidiladha.