Pahang mencatatkan jumlah perdagangan bernilai RM58,186 juta pada 2022 dengan eksport dan import masing-masing bernilai RM35,545 juta dan RM22,641 juta.
http://penjom.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am?start=10#sigFreeId2fce48228f
BERITA BAIK UNTUK BAKAL MAHASISWA/I ANAK PAHANG!
Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) telah menaikkan kadar Geran Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi mulai 1 Jun 2023.
Permohonan boleh dibuat di portal YP: www.yp.org.my. Tertakluk kepada terma dan syarat.
http://penjom.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am?start=10#sigFreeIdf2736a5e01
Sumber: Facebook rasmi Yayasan Pahang
http://penjom.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am?start=10#sigFreeId2b577a6861
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)
Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Rompin) • Johor (Segamat, Kluang dan Mersing) sehingga Ahad, 5 Mac 2023.
SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)
Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Pekan) • Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru) sehingga Ahad, 5 Mac 2023.
SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)
I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Maran, Kuantan dan Bera) • Negeri Sembilan (Jempol dan Tampin) • Melaka sehingga Ahad, 5 Mac 2023.
II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak: Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Kanowit) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) sehingga Sabtu, 4 Mac 2023.
Amaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.
Amaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.
Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.
Dikeluarkan pada: 8:55 pagi, 4 Mac 2023 oleh Jabatan Meteorologi Malaysia
http://penjom.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am?start=10#sigFreeId9314346eb9
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 [Akta 709] digubal untuk mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam TRANSAKSI KOMERSIAL dan melindungi kepentingan Subjek Data. Akta 709 mentafsirkan data peribadi sebagai sebarang maklumat dalam transaksi komersial yang boleh mengenal pasti identiti seseorang.
http://penjom.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/maklumat-pi1m/maklumat-am?start=10#sigFreeIdc580a306a3
Sumber: Jabatan Perlindungan Akta Peribadi Malaysia