Sebuah keluarga yang sejahtera memiliki hubungan yang serasi dan seimbang antara ahlinya, saling memberi dan menerima, selain setiap perbezaan diterima dengan hati terbuka, manakala kelemahan yang timbul pula diatasi secara bersama. Menurut YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Ismail Sabri, konsep Keluarga Malaysia itu menggambarkan keutuhan negara yang terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sebuah keluarga, selain frasa (Keluarga Malaysia) itu disifatkan lebih inklusif kerana merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

Konsep itu menggariskan tiga teras utama iaitu iaitu Keterangkuman, Kebersamaan dan Kesyukuran.

“Ibarat sepohon pokok, akar Keluarga Malaysia bertunjangkan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, manakala batang dan ranting menjulang kukuh nilai-nilai Keluarga Malaysia yang kemudiannya membuahkan hasil seperti daun, bunga dan buah yang subur, dan inayatnya memanfaatkan rakyat,” katanya.

Berita baik buat anak jati Penjom, Kuala Lipis dan semua untuk mendapatkan penempatan baru yang masih belum diberi nama taman. Sebanyak 27 unit rumah teres setingkat akan dibangunkan di kawasan rezab melayu bersebelahan Sekolah Kebangsaan Penjom di Jalan Benta-Lipis.

Satu unit rumah ini berukuran 20' X 90' X 107'. Ia dilengkapi 4 bilik dan 2 tandas. Terdapat juga dapur kering dan basah. Siling untuk unit-unit rumah ini adalah pada aras tinggi. Menurut satu panggilan telefon yang telah dibuat kepada pemaju, setiap unit rumah akan mempunyai laman belakang yang berkeluasan kira-kira 15' kaki persegi. Harga bermula dari RM268k ++.

Antara maklumat yang dipaparkan pada papan iklan ialah:

  • Pemaju: Sri Jati Development Sdb. Bhd. (Mentakab, Pahang)
  • Arkitek: Yu Architect (Cheras, KL)
    Jurutera: CNYNQ Enterprise (Kuantan, Pahang)

 

27unitrumah

 

4g

Rangkaian 3G akan ditamatkan secara berperingkat pada 31 Disember 2021.  Pada masa yang sama, liputan rangkaian 4G juga akan dipertingkatkan untuk memberi kelajuan lebih pantas dan perkhidmatan yang cukup baik.

#3GNoMore #3GTiadaLagi https://myjendela.my/FAQ-and-Glossary/FAQs-(1)

PEDi

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan melakukan transformasi berkaitan peranan pusat internet komuniti di seluruh negara agar lebih memfokuskan kepada ekonomi digital bagi membantu rakyat menjana pendapatan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, KKMM akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi bagi melaksanakan perkara itu dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyediakan platform latihan berkaitan ekonomi digital untuk dimanfaatkan masyarakat setempat.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/162275/BERITA/Nasional/KKMM-mahu-pusat-internet-komuniti-fokus-ekonomi-digital
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf