Korang perasan tak, takbir raya dekat negara kita dialunkan dengan irama mendayu-dayu dan sangat syahdu.

Padahal di negara Arab, takbir raya dilaungkan dengan penuh semangat sebagai simbolik kemenangan umat Islam menyempurnakan puasa.

Persoalannya sekarang kenapa takbir raya di negara kita mendayu-dayu, adakah kerana kita merupakan bangsa yang gemar bermain emosi?

Sebenarnya takbir raya mendayu-dayu yang menjadi trademark di negara kita ini berasal daripada alunan taranum jiharkah.

Kepulauan Melayu dikatakan telah terdedah dengan beberapa jenis alunan taranum sejak abad ke-7 iaitu ketika Kekhalifahan Umayyah memegang tampuk pemerintahan dunia Islam.

Salah satu alunan taranum tersebut adalah taranum jiharkah yang berasal daripada Parsi dan telah diubahsuai oleh qari-qari dari Hijjaz mengikut budaya setempat. Bermula dari situ, taranum jiharkah telah digunakan sebagai salah satu alunan untuk membaca Al-Quran

Secara asasnya taranum jiharkah memang dikenali sebagai alunan yang sangat sinonim dengan sifat mendayu-dayu dan sedih. Kebiasaannya, taranum jiharkah akan dialunkan ketika membaca ayat-ayat yang menceritakan perihal hari kiamat, rintihan dan doa.

Penggunaan taranum jiharkah yang lembut, menusuk kalbu dan tenang pasti boleh memberikan kesan emosi yang mendalam buat kita ketika mendengar.

Senang cerita elemen mendayu-dayu dalam taranum jiharkah inilah yang mempengaruhi alunan takbir raya kita sehingga menjadi sayu dan sedih. Jadi selepas ini jika ada yang cuba membandingkan antara takbir Kepulauan Melayu dan negara Arab, cakap je kita alunkan takbir menggunakan tarannum jiharkah.

Tak salah pun nak alunkan takbir secara mendayu-dayu kerana taranum jiharkah merupakan salah satu jenis taranum yang digunakan untuk membaca Al-Quran.

Oleh Azmil Azali 

Sumber: The Patriots Asia

Satu tinggalan sejarah yang wajar dipelihara berkaitan bukti syiar dan dakwah Islam di Pahang iaitu masjid lama berusia lebih 200 tahun di Kampung Pagar, Penjom, Lipis, Pahang. Masjid ini sudah tidak digunakan lagi sejak sekian lama akibat dari banjir besar yang menenggelamkannya satu ketika dulu. Al fatihah kepada Moyang Qadhi Ibrahim Bin Hurairah sebagai pengasas tertubuhnya masjid ini (kuburnya bersebelahan dgn masjid), atas perjuangan dakwahnya di masjid ini dan di serata bumi Pahang.

 

Sumber: https://lipis-zaini.blogspot.com

 

Sejarah banjir paling besar pernah melanda negara kita berlaku pada bulan Januari 1971 sehingga kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat setelah hampir seluruh negara ditenggelami oleh air, akibat hujan lebat yang turun tidak henti-henti selama hampir 1 minggu. Banjir yang melanda ini surut dalam masa seminggu kemudian dengan mengorbankan 24 orang dan kerugian harta benda dianggarkan melebihi RM 84.7 juta. Banjir ini turut meninggalkan kesan kesan kerosakan yang paling teruk, ramai kehilangan tempat tinggal dan harta benda. Ramai yang terpaksa tinggal sehelai sepinggang, setelah semua harta benda dihanyutkan oleh banjir.

Sumber: Cerita dari Lipis: Banjir Besar di Pahang. (lipis-zaini.blogspot.com)

Sumber gambar: Cerita dari Lipis: Banjir Besar di Pahang. (lipis-zaini.blogspot.com) dan hak milik persendirian penduduk Kg. Pagar

KEMAJUAN KAMPUNG PAGAR

Sebaik saja Muhamad Ali Jaafar mengambil alih Kawasan kampung Pagar daripada Batin Gedemang, berpindahlah kaum kerabatnya di Lubuk Yong ke perkampungan baru ini. Oleh kerana Harimau berkeliaran sebelah malam, berpakatlah mereka memagar kawasan rumah mereka dengan kayu. Kerja buat bertani dijalankan untuk meneruskan kehidupan di situ.

Setelah agak berusia, urustadbir kampung Pagar itu diserahkan kepada Embong Pian. Menjadilah ketua kampung kedua Embong Pian di kawasan itu. Selain Bertani, Embong Pian menggalakkan kaum keluarganya mencari emas di kawasan itu hingga ke Budu. Lama kelamaan kampung Pagar menjadi terkenal sebagai pusat perdagangan darat dengan Sungai Lipis menjadi jalan perdagangan utama.

Akan Ngah Endik menguruskan hal ehwal keagamaan dan penyebaran agama Islam. Adiknya Maimunah kekal di Pagar sementara Tok Cik Bongsu dikahwinkan dengan Tok Kaya Ibrahim, Orang Kaya Lipis ke-8. Dia berpindah ke Terab Budu.

Apabila Embong Pian meninggal dunia, jenazahnya dikebumikan di sisi masjid Kampung Pagar. Jawatan ketua kampung Pagar disandang oleh Ngah Endik. Sesudah Ngah Endik meninggal dunia, naiklah cucunya bernama Imam Malek menjadi ketua kampung.

Sewaktu Imam Malek menjadi ketua kampung ini, sudah padatlah penduduk di kampung Pagar itu. Waktu itu sekitar akhiran 1640-an.  Di sebelah hilir kampung Pagar berhampiran muara Sungai Lipis,   Tok Kaya Bandu Sulaiman ini, petempatan penduduk di Kuala Sungai Rengai dibuka.  Pembukaan ini kemudiannya memberi ruang kepada anaknya Tun Enda dan keturunannya membuka kampung sehingga ke Kemesar.  Di Budu, Tok Kaya Chandak dan Tok De Abdul Rahman sudah mengajak anak buahnya meneroka kawasan Sega hingga ke Batu Talam untuk dijadikan perkampungan baru. Demikian juga anak buah Imam Malek berkira-kira untuk mudik di Sungai Lipis mencari tapak baru untuk perkampungan. Antara mereka ialah Imam Mat Amin bin Imam Malek.

Apabila Imam Malek meninggal dunia, jenazahnya dikebumikan di sisi masjid kampung Pagar. Jawatan ketua kampung disandang oleh Tok Yusuf. Sesudah itu naik pula Mukim Tong (Abu Bakar bin Yusof), Imam Pein bin Imam Junid, Idris bin Mukim Tong, Hj Kamaludin Bin Imam Pein, Baharuddin bin Idris dan Abdul Khalid bin Abdul Manan mentadbir Kampung Pagar.

Oleh kerana kawasan Kampung Pagar itu agak pamah, selalulah kawasan kampung itu dilanda banjir. Sewaktu Tok Kaya Teh memindahkan pusat pentadbiran Orang Kaya Lipis dari Budu ke Penjom sekitar 1840-an, penambang Kampung Pagar menjadi pusat perdagangan sungai yang aktif. Namun pada sekitar tahun 1926, berlaku banjir besar. Penduduk kampung itu ramai yang bergerak ke kawasan lebih tinggi di Penjom. Pada tahun 1970, banjir besar sekali lagi melanda Kampung Pagar.  Banyak rumah dan ternakan dihanyutkan banjir besar itu. Atas daya usaha seorang anak tempatan, Tun Ghazali bin Shafee, semua penduduk dipindahkan ke kawasan selamat.  Kawasan tersebut dijadikan kawasan perumahan yang dikenali sebagai Rancangan Penempatan Semula Banjir Kampung Pagar. Kampung Pagar yang asal secara perlahan-lahan ditinggalkan sebagai tempat kediaman dan dijadikan kawasan pertanian sahaja. Gambar Tun Mohd Ghazali Shafie, semasa baru bergelar Ahli Parlimen Lipis.

~Catatan: Pak Chu@ Kas Hasanuddin~